Online Shopping Lagi

Hari itu aku order lagi Teh Cameron dekat laman web yang sama http://bharattea.com.my/bharat/. Masa first time aku beli teh cameron online ini, aku adalah kasi dekat Kak Ja sikit.. tiga perisa. Agaknya teh cameron tu dah nak habis, dia suruh aku order lagi. Kali ni dia nak bayar pulak. hehe

Tiga perisa yang dia nak, katanya apa2 pun boleh, tapi beli juga perisa original. So aku belilah untuk aku dan dia sekali. Ada lebih Boleh kasi sikit dekat orang Shah Alam.

Kali ini aku beli perisa strawberi, lemon, limau dan original. Semuanya dua2 kotak. Pastu aku beli satu MUG ni. Cantik aje aku tengok, so belilah satu buat hiasan dalam almari tu.

Selain teh, ada juga Papa belikan buku untuk santapan rohani dan jasmani, tambahkan ilmu untuk mendidik anak-anak. Buku yang bertajuk Ibu Bapa Bijak Anak Hebat, Zaid Mohamad. Harap2 anak-anak aku akan menjadi orang yang hebat suatu masa nanti.

Satu Tipnya untuk anak bijak dan pintar: Untuk anak tidur dengan sendirinya.. tak payah dienjut2, nyenyak dan tidak terjaga pada masa tidur.. biarkan anak2 itu tidur sendiri selepas dia penat main atau sebagainya. Tidak perlu dipaksa2. Anak yang nyenyak tidurnya akan lebih pandai dan bijak. 🙂

“Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

“All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them”

R. Buckminster Fuller

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *