Nak Tengok Orang Sakit ke Makan Angin?

Sabtu
Tengahari: Dapat call daripada Kak Ja mengenai Tok Cek (datuk asid) yang dimasukkan ke Hospital Jerantut kerana suspek kanser usus or usus tersumbat. Katanya maybe esok tengahari kena operate di Hospital Temerloh.

Ahad
Jam 5 petang: Kak Ja call lagi bagitahu Tok cek dah operate malam tadi, dan sekarang hampir 24 jam tak sedarkan diri.

Isnin
Jam 1230 pagi: Kami tiba di Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh. Jumpa dengan Mok Mek (nenek asid), Pok Su, Mak jang yang bergilir2 menjaga Tok Cek. Tak dapat tengok Tok Cek sebab bilik ICU (Aras 4) tidak dibenarkan masuk/melawat.

Jam 2 pagi: sampai Jengka 8,rumah Tok Cek. Tidur dan bersahur.

Jam 1 tengahari: Tunggu Mama, Aboh dan patin dari Chini sampai. Gerak ke Hospital Temerloh untuk melawat Tok Cek.

Jam 2:15 petang: Sampai hospital tapi tak dapat masuk melawat. Waktu melawat dipendekkan dari jam 12.30 hingga 2.00 sahaja gara2 kes H1N1. Akan dibuka pada jam 5 petang hingga 9 malam pula.

Jam 3.30 petang: Gerak balik ke Jengka 8 semula. Hantar Abah dan adikwan balik.

Jam 5 petang: Bergerak balik ke Kl dan ke Shah Alam.

Itulah jadual perjalan MAKAN ANGIN Asid beberapa hari yang lepas. Sedih sebab langsung tak masuk dan tengok keadaan Tok Cek. Perjalanan yang kelam kabut disebabkan beberapa faktor. Antaranya:
1. Tak balik awal walaupun hari sabtu dah dibagitahu
2. Terpaksa balik juga walaupun drebar demam kesejukan: semua kenna rushing
3. Menunggu orang yang lambat sampai disebabkan tak ada kenderaan

4. Perjalanan yang dirasakan jauh sebab hujan lebat

5. Kena balik juga sebab cuti sehari saja

Faktor2 ini adalah alasan semata2. Hendak sedapkan hatiĀ  saja. Padahal kita boleh lakukan lebih baik dari itu.

P/S: Kalau nak tengok orang sakit, buat sampai boleh tengok. Jangan hanya nak tunjukkan muka aja dekat orang sekeliling!!!!!

Anda Mungkin Meminati:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *