My Little Princess

My princess selamat dilahirkan pada 1 Jun 2009 pada jam 1718 di Pusrawi Jalan Tun Razak melalui ceaserian dengan berat 2.68kg. 🙂

Jam 0630 perut aku dah mula rasa sakit. Kejap-kejap terjaga dari tidur. Pergi ke tandas 2,3 kali rasa hendak membuang air besar. Aku tetap cuba menahan sakit sampai tengahari. Pada firasat aku maybe hanya sakit perut tersalah makan. Maklum ajelah due bersalin aku lagi 4 minggu.
Sakit aku semakin lama semakin sakit. Sakit hendak bersalin agaknya. Tidak lama kemudian aku hantar message pada Papa. Beritahu yang perut aku sakit. Kalau diikutkan cerita-cerita orang berpengalaman, kalau nak bersalin ambil masa lama sikit, berjam-jam, air ketuban pecah dan darah keluar sedikit.
Tanda-tanda itu aku tak alami just sakit seperti nak membuang air besar. Pergi ke toilet berulang kali. Ada jugalah yang dibuang, lama-lama tak adelah. Tengahari itu juga, Wan Wan Ash balik dari surau. Suruh bersiap, kalau dah sakit sangat terus aje bergerak ke hospital. Tidak lama kemudian, aku suruh Papa Ash balik sebab sakitnya menjadi-jadi.

Jam 1230 bergerak ke Pusrawi dari Shah Alam terus ke unit kecemasan dan di bawa ke wad bersalin no 7. Bilik keramat aku rasalah. Panas semacam. Nurse kata, air-cond bilik tu memang masalah sikit, lambat sejuk. Dahlah sakit tak tertahan, panas lagi. Tidak lama lepas itu, Nurse datang check ada bukaan 5cm dah. Kemudian Dr Adilah pun masuk. Pelik juga dia kenapa aku dah rasa sakit. Sepatutnya belum lagi masanya.Takut ada masalah lain katanya. Aku dah mula lah cuak. Takut apa-apa terjadi pada kandungan aku kali ini.
Perut aku diletakkan mesin mengesan kadar denyutan dan kontraksi baby (apantah namanya tak ingat). Alat itu diletakkan rapat giler di perut. Makin sakit rasanya. Air dimasukkan kedalam badan melalui suntikan di tangan. Air ketuban aku dipecahkan. Dimasukkan pula ubat cecair melalui dubur supaya aku kencing dan berak. 45 minit kemudian Dr dan nurse datang check lagi. Ditanya kepada aku, kalau-kalau aku ada terjatuh ke? pening nak pitam? Keputihan yang malampau banyak, berwarna kuning dan busuk? Jawapan aku hanya satu tidak. Kemudian aku bertanya kepada nurse, boleh saya minum air selusuh? Boleh. Bukaan dah 5 cm kan? Tanyanya balik. Selepas aku minum air bunga fatimah, semakin menjadi sakitnya. Jam 2 lebih, Dr datang check lagi. Kali ini bukaan aku dah 7 cm. Dr kata maybe jam 0400 aku akan bersalin. InsyaAllah.

Baby aku still lagi bergerak2 dan berkontraksi mencari-cari ruang untuk keluar. Sakit hanya tuhan saja tahu. Aku diberikan antibiotik dan ubat menahan sakit(seperti sendutan oksigen), sampai termuntah dibuatnya. Maklumlah dari pagi tadi aku hanya menjamah sepotong kuih dan sebiji tamar. Kalau diberi epidural takut aku tak rasa sakit dan tak boleh hendak meneran bila sampai masanya.
Jam 4 petang sekali Dr check bukaan. Kali ini tak ada perubahan 7cm lagi.  Kecewa dengar macam itu :). Aku ingat sudah 10 cm ke apa ke. Boleh aku lahirkan Arisha secara normal. Tapi kita sekadar merancang tetapi Dia juga yang menentukannya.
Dr kata kalau rasa hendak berak sangat bagitahu. Rasa hendak berak? sepanjang aku rasa sakit, rasa nak terberak itulah tapi bukaan aku still tak berubah. Aku dah tidak senang duduk. Ubat sedutan itu sudah tidak dapat membantu aku walaupun sedikit. Rasa hendak menangis sangat-sangat tetapi airmata aku ini susah benar nak keluarnya.

Dr tak bagi meneran lagi, tunggu lagi bukaan. Perut aku makin sakit, kontraksi semakin menolak pintu rahim aku berulang kali. Dr cuba betulkan kedudukan kepala baby sedikit sebab dari pemeriksaan bulanan memang jelas kepalanya mengiring sedikit. Aku menahan sakit sampai 5 petang. Kontraksi Arisha tanpa henti dan kadar denyutan jantungnya semakin meningkat. Bukaan still begitu. Dr bagi pilihan masih bertahan atau lakukan ceasarian. Kalau bertahan, aku sememangnya sudah tidak larat menahan sakit, rasa seperti aku ini lemah sangat. Namun begitu aku risau denyutan jantungnya. Takut dia lemas, bila nak pilih ceasar.. kesian pulak dekat Papa. Sure dia akan terpaksa keluarkan duit yang banyak untuk ceasar kali ini. Tanya Papa, “Ikutlah”. Katanya simple yang membawa maksud supaya aku bertahan untuk melahirkan Arisha secara normal. “Sorry Papa, Mama dah tak tahan sakit”.
Aku pilih ceasar. Kemudiannya aku di siapkan sebelum ke bilik bedah. Contoh cukur rerambut di perut untuk tempat nak belah, pasang tiub air kencing (dua hari duduk dikatil nanti) dan salin baju.
Ceasarian kali ini berbeza dengan ceasar Ashraf dulu. Kali ini aku diberi bius seluruh badan, tiada kesempatan untuk melihat proses pembedahan Arisha. Bius aku diberi melalui sedutan seperti oksigen dan tertidur sehingga dikejutkan semula. Pembedahan ini siap hampir jam 7 malam dan Arisha dikeluarkan pada jam 1718. Apabila sudah siap, aku dikejutkan. Tetiba aje aku rasa macam sesak nafas. Susah sangat nak tarik nafas dengan sakit luka perutnya itu, tangan aku terkapai-kapai mencari udara untuk disedut. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana masih belum sampai ajalnya aku, aku masih boleh relax sedikit dan cuba menarik nafas melalui hidung dan meniup keluar melalui mulut selepas pakar bius menyedut kahak yang terkumpul dalam kerongkong aku. Masa itu aku hanya terbayang muka-muka Papa, Ashraf dan iras2 baby yang aku baru lahirkan.
Aku dibiarkan relax sebentar sehingga aku betul-betul boleh bernafas secara normal sebelum aku dibawa naik ke wad. Dalam 15 minit kemudian aku dibawa ke wad.

Alhamdulillah. Aku menarik nafas leka walaupun rasa sangat sakit. Tak lama kemudian Papa masuk melawat. Cantik baby kita katanya. hmm tak sabar rasanya nak tengok muka Arisha. 🙂

10 thoughts on “My Little Princess”

  1. Kelly:
    ooo dah pregnant. Alhamdulillah masih awal tuh. So kenalah jaga betul2. Pregnant anak 1st ni kena lebih berhati2. Apapun tahniah kepada Kelly and husband. 2010 itu tak lama. Pejam celik pejam celik dah sampai waktunya. :).

    Bersalin ini semuanya rasa sakit. Kali ini dua-dua sakit bersalin normal dan ceasar boleh rasa. hmm kalau di beri pilihan, dua-dua tak nak sebab sakit tapi disebabkan ingin mempunyai cahaya mata.. kita kena redha kan? hehe 🙂

    Iza:
    Thanks. Muka Arisha dah berubah dah sekarang. Maklumlah dah habis pantang. Dah lain sangat. 🙂

  2. aaaa???..sakit…asid, aku dah peknen ..5 minggu…hihi..lama lg nak kuarni..tahun depan 2010…lama nyeeee…

  3. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, Kelly. Memang gembira dah dapat sepasang. Kekdg fikir biarlah 2 jelah memandangkan sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *