My First Baby

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, pada hari ini dan tika waktu 4.15 petang ini Asid selamat melahirkan baby boy.. Amir Ashraf Bin Amir Shariffuddin, 2.78 kg. Gembira tak terkira rasanya Mama dan Papa…

———————————————————————————–

Pagi ini macam biasa bangun pagi Jumaat bersiap-siap ke PUSRAWI untuk checkup. Pukul 12 tengahari masuk bilik Dr. Adilah selepas check urine, tekanan darah dan C.T.G. Dalam bilik Dr. Adilah check dan scan kandungan Asid. Macam yang sebelum ini juga kata Dr. baby masih songsang dan air ketuban still sikit.Dan yang paling pentingnya ujian C.T.G menunjukkan baby Asid dah ada tanda-tanda nak bersalin, maka dengan itu Asid ‘terpaksa’ bersalin pada hari ini…. petang 23 Mac 2007 melalui pembedahan.

Bila tahu je nak bersalin kejap nanti, tekanan darah terus melonjak tinggi 157 berbanding normal 120. Selepas membuat preparation, jam 3 petang Asid dibawa ke bilik persedian bedah untuk di isi air, check tekanan darah, amik darah. Then, hampir jam 4 petang di bawa ke bilik bedah. Diberi suntikan bius separuh badan ( sakit sangat berbanding yang lain2) dan bermula lah…..

Sepanjang operation Asid sedar, boleh dengar apa Dr. dan nurse borak-borak pasal isu semasa, sampai isu Datuk K pun terkeluar (pasal dia belasah seorang budak). Diorang boleh gelak-gelak, yang Asid ni hanya Tuhan saja yang tahu. Macam-macam perasaan yang timbul. Adakah baby Asid selamat? sebab before operate Dr. ada bagitahu kemungkinan nanti masa dia nak belah rahim maybe akan terkena buntut baby Asid sebab air ketuban sikit sangat. So buntut baby melekat rapat dengan rahim. Risau hati Asid duk dak duk dak. Dah lah Asid separuh sedar, boleh nampak Dr. potong perut Asid, darah banyak, nurse guna penyedut sedut darah alam perut. Macam orang cabut gigi pulak.Tangan kiri dan kanan Asid pulak ketar macam duduk dalam peti ais tempat beku, tapi ini normallah kesan suntikan bius tu.

Masa Dr. nak potong rahim bahagian buntut baby, Dr. suruh Asid bernafas slow2 sebab takut terkena baby. Asid pun cuba bernafas slow2 atau tak bernafas langsung, yelah yang penting baby Asid tak luka sedikit pun. 15 minit kemudian, tepat 415 petang Amir jr pun selamat dilahirkan. Mula-mula baby dikeluarkan baby tak menangis langsung, risau Asid. Walaubagaimanapun Dr. cakap normal sebab bagi baby songsang tindakbalas dia lambat sikit. So baby dikeluarkan dahulu jumpa pakar. Tidak lama kemudian nurse cakap baby dah nangis. Alhamdulillah apa-apa perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Lega hati Mama sebab Baby selamat.

Apa yang kelakarnya, nurse kata hidung baby Asid mancung  macam Shah Rukh khan. hehehe ada ke patut.. heheh mancung macam Mama dia kot. Selepas 45 minit baby dikeluarkan Mama dikeluarkan pulak. Terus dibawa ke wad di tingkat 6.

—————————————————————————–

duh tension.. dah panjang karang citer, internet wat hal plak.. geram betui.. 🙁

3 thoughts on “My First Baby”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *