My Beloved Frenzs

Cuaca hari ini mendung, semendung hati Asid. Macam tahu je cuaca nih. Hari semalam last day Kak liza dekat sini.  Bila hari ni, dia tak datang kerja rasa macam mendung je suasana, rasa malap, suram dan lain2 lah.

Teringat pulak masa mula-mula start kerja dekat sini, masa datang interview dek Kak Sadiah (si ibu kepada dua orang anak yang masih bersekolah rendah yang sentiasa tegas.. namun baik hati). Kak Liza (si kakak datang dari nun jauh Kedah yang sentiasa cool dan suka membuat lawak dan ceriakan suasana) pulak 2 atau 3 hari baru start keje. Sebab tu Kak Liza kiranya senior Asid. hehehe :). Masa itu juga staf yang lain, ada Mah (awek kelantan yang sokmo manis), Kak Ida (Bini orang yang sentiasa cun melecun dengan anak satu), Gee (si gadis sunti dari Kedah yang sentiasa comel selentik bulu matanya).

Lepas itu, ‘zaman makin lama makin berubah, negara makin lama makin maju’ . Masing-masing mencari hala tuju sendiri. Kini hanya Asid yang tinggal. Huhuhu bersama adik-adik yang baru. Mungkin kah selepas ini Asid juga menyusur.. mencari hala tuju yang lain. Selagi perlunya Asid dan selagi terdaya memikul segala amanah yang diberikan, Asid kekal di sini. InsyaAllah. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *