Muntah, Loya Ketika Hamil

Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya loya ini tidak diketahui, mungkin ia berpunca dari bertambahnya hormon seks yang dihasilkan ketika hamil. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. (lagi..)

Menangani masalah muntah, loya semasa hamil;

1. Cuba mengambil biskut2 tawar sebaik sahaja bila bangun dari tidur.
2. Mengelakkan makanan berlemak dan juga makanan yang berempah ratus.
3. Hidangan makanan juga diperbanyakkan dari tiga hidangan besar sehari menjadi lima atau hidangan sehari.
4. Elakkan bau-bauan yang mencetuskan loya2 atau muntah.
5. Berehat secukupnya

Perhatikan perkara berikut dan sekiranya berlaku segeralah berjumpa doktor:
1. Memuntahkan darah.
2. Tidak boleh langsung minum atau makan tanpa mencetuskan loya2 atau muntah yang teruk.
3. Jumlah air kencing menjadi sedikit dan warnanya bertambah gelap.
4. Apabila berdiri, rasa pening dan berkemungkinan rebah pengsan.
5. Degupan jantung dapat dirasai dan berdebar-debar.

Jika ini berlaku, anda dinasihatkan supaya dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan selanjutnya. Air kencing diuji untuk kehadiran bahan kimia “keton”, darah diambil untuk ujian2 kimia dan fungsi2 organ seperti hati.Air bergula dan bergara m akan dimasukkan melalui sistem pembuluh vena.Vitamin seperti B6, daxylamine dan ubat2 anti loya dan muntah akan diberikan. Jangsn risau, keadaan ini akan menjadi normal apabila kandungan 20 minggu.

(Mingguan Malaysia, 7 June 2009)

2 thoughts on “Muntah, Loya Ketika Hamil”

  1. salam..thanks ye asid coz bnyk ajar manje mcm mn nk jg kandungan dgn baik..
    untung asid ade hubby yg take care sgt2..
    jelous manje tgk..manje selalu hrp manje akn dpt sume 2 1 ari nnt..
    mujur manje jumpe web ni, blh manje korek2 bgaimana cara2 nk
    menguruskan kandungan manje ngn baik..
    manje xde tmpt nk btanya, hubby tlalu sibuk smpaikan xde ms nk luangkn ngn
    manje.masa die selalu di hbiskan kt tmpt keje, ngn kawan, n fmly die..
    manje prgnt pn die x kisah..
    sedih la asid..manje x tau mn lg manje nk cr kekuatan????

    1. wasalam. oo ye ke macam tuh Manje? atau perasaan Manje aje. Maklumlah ibu pregn ni banyak sangat fikir yang bukan2. Apapun asid harap, Manje luahkan apa saja yang Manje rasa. At lease dia tahu apa yg manje rasa, apa yg manje perlukan.. terutama tgh pregn ni, bukan setakat jg makan minum but perasaan juga kena jaga. Selalulah senyum2 dan happy, agar baby yg keluar nanti selalu tersenyum dan happy:). lagipun senyum itu sedekah .. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *