Misai’s Wedding

Hari ini gerak dari rumah ke Bangi pukul 12 tengahari untuk perkahwinan Misai@Wan Fakhrul dan pasangannya. Misai ini just nama samaran nya. Kawan Abang dalam selangorfc.com. Peminat pasukan bola selangor lah kiranya. Sampai di majlis kiranya awal lah jugak sebab jalan tak jam sangat. Abang Zahid dan family dia baru sampai, tengah menjamu selera.

Inilah first time pergi kenduri kahwin after dapat Baby Ash. Ni pun takut2 juga nak bawak Ash dekat ramai orang, maklumlah musim selsema burung. Kalau bukan selsema burung pun demam selsema biasa pun masalah jugak. Baby Ash kan kecik lagi, kalau kena demam sian Baby Ash.

Pergi kenduri masa ada baby ni lain lah sikit. Kena sorang makan dulu, dan sorang lagi tolong jagakan Baby Ash. So, Mama amik makanan dulu sementara Papa jagakan Baby Ash. Lepas Mama siap makan, barulah Papa makan pulak. Nasib baik Baby Ash tak nangis. Just bunyi sikit2 tu adalah, maklumlah panas. Habis merah mukanya, Mama bawak berdiri bawah kipas baru baby Ash tenang sikit.

Lepas makan terus balik, sempat jugak tengok pengantin berarak. Cantik baju pengantin. Makanan dia pun sedap macam makanan time angah kawin dulu. huhu. Apapun Selamat Pengantin baru diucapkan buat pasangan pengatin, moga hubungan kekal ke akhir hayat dan dikurniakan anak2 yang soleh dan soleha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *