Western Food @ Qaseh Seksyen 13
October 9, 2011Selesaikan Yang Tertangguh
November 17, 2011Minor Oral Surgery ~ sakit wei
Assalammualaikum,
Tengok tajuk entry kali ini ada rasa gerun sikit tak? Baca aje minor tp cuak bagai rak.
Bulan lepas, rasa bengkak dekat pipi kiri, rahang mulut tak boleh bukak seluasnya. Ingat tersalah leher, rahang lari elementnya ker? urut2 leher tak ada rasa pula sakit, cuma rasa gusi dah bengkak. Teringat juga masa kerja Klinik Gigi Rohaya dulu, check dengan Dr. Firdaus, geraham bongsu kiri den ni mesti cabut via MOS. Suggest Dr. buat masa tak sakit apa2 lagi.. tapi mengenangkan kos RM400 [masa tuh] boleh shopping macam2 tu.. jadinya den cancel lah, cakap kat Dr. ” Takpelah Dr. tunggu ia sakit lah dulu. seriau juga hari2 tengok patient buat MOS, berdarah tak ingat, kerat isi, potong tulang, patient menangis.. macam2 lagilah..hehe.. ”
hmm bila dah sakit macam ni, terpaksa lah cari klinik berdekatan. Nak pergi klinik kerajaan kat Area Shah Alam ni, adalah satu, tapi sure kena tunggu lama. Jadi en. suami suggest lah pergi Klinik Swasta aje. Klinik pergigian area Shah Alam ni memang banyak ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan”.. cuma ongkosnya tak tumbuh2.. hehe
So, surf internat.. call beberapa klinik pergigian kat sini. Klinik Pergigian Doktor Firdaus .. MOS RM700 ke atas. Klinik Pergigian Sharina RM600 ke atas. Call klinik pergigian Dr. 2ue tak dapat hehe. So, antara 2 ni.. pilihlah yang murah kan.. be2anya RM100. Banyak juga tuh.
So, 29hb Sept. 2011 pergi Klinik Pergigian Sharina seksyen 9, Shah Alam. Den pergi seorang aje, bawa askar2 den tu kang.. riuh sekampung kliniknya.
Sampai jam 8 malam, klinik kosong. Doktor lelaki. Hari ni buat checkup aje sebab nak MOS pun takleh sebab sakit, nak bukak mulut besar2 pun tak boleh. X-ray dulu kedudukan gigi geraham bongsu tuh, memang hujung.. kedudukannya terpusing dari biasa. Memang dah konpem, potong isi kulit tepi sikit. Kalau tak boleh cabut biasa, kena potong gigi or tulang sikit. Aduhh dalam hati.. takutt nya..dulu biasa cakap dekat patient, takpe sakit sikit aje.. 1@2 hari dah hilang rasa sakitnya. huhu.. sekarang.. den sendiri raso cuakkkk naya tuh. So, den diberi ubat antibiotik 2 dan pain killer. Set appointment dengan doktor yang sama, 2 minggu lagi.
Selepas 2 minggu, tibalah saatnya 14 Oct. Tidur malam tadi memang tak nyenyak. Hati dup dap dup dap. huhu Pagi2 lagi en. suami dah hantar den dan anak2 ke Seksyen 4, minta tolong mama hantarkan ke klinik jam 8 malam. Kalau tunggu en. suami balik dari kerja.. memang tak sempat.
Sebelum pergi, makan siap-siap sampai kenyang. Kang 12jam menahan lapar. Sampai klinik doktor still kosong. Tunggu Doktor untuk ready. Masuk bilik surgery no2. Penerangan doktor sekejap, then suntik ubat kebas.. adalah 2 jarum rasanya. Kumur2 dengan listerin. Tunggu 5 minit sehingga benar2 kebas.. barulah mos start jam 8.15 malam hingga 9 malam.
Potong isi dengan pisau, cuba tarik keluar gigi. Tak boleh. Cungkil2 gigi bagi longgar sikit. Cuba cabut lagi.Tak boleh. Tekan2 cungkil2 still tak boleh. Potong tulang sikit. Cuba tarik keluar. Tak boleh. Potong gigi, hancurkan sikit. Tak boleh. Potong lagi. Masa ni gigi2 lain rasa ngilu sangat dengan bunyi2an tuh. huhu cuba tarik lg. kali ini separuh aje keluar. Cungkil2 lagi. Alhamdulillah akhirnya keluar habis 100% gigi tuh. 🙂
Dengar, rasa aje cungkil, potong2 tu kuat bagai nak rak.. tapi tak rasa sakit pun Doktor tu buat. Maybe den bernasib baik, den dapat Doktor dari klinik gigi Sungai Buloh yang sentiasa cool aje, berpengalaman walaupun masih muda, buat kerja berhalus orang Pahang cakap. So, takdelah rasa sakit sangat. Tapi bila dah habis kebasnya tu.. baru tahu.. sakittt bagai rak.
Bila orang tanya.. “sakit tak ko buat MOS”, den jawab.. ” sakitlah wei tapi tak sesakit rasa nak bersalin” bagai langit dan bumi jauh be2anya. So, kalau orang lelaki menangis masa buat MOS.. hmm tak leh nak kata apa dah.. lembik yang amattt.. haha. Den pun tak nangis. 🙂
Sebagai info tambahan; meh kita baca artikel ni dulu..
Minor oral surgery is a procedure common to a few types of treatment needs:
> removal of impacted wisdom tooth
> removal of broken root
> removal of badly chipped tooth
The general cost of minor oral surgery for removing impacted tooth (under local anesthesia) is RM450 per tooth.
A sample of minor oral surgery:
![]() |
![]() |
|
Surgery Done to Enable Broken Tooth Removal | ||
![]() |
![]() |
|
Tooth Removed and Wound Sutured. |
sumber: JDC.com