Menolak Sihir

Semalam ada tengok Ar-Rayyan di Oasis bersama Ustazah Dr Fatimah. Tajuk perbincangannya mengenai sihir ataupun buatan orang. Adalah seorang budak menjadi jemputan. Budak ini pernah di sihir oleh seorang lelaki yang menyukainya. Lamarannya di tolak oleh keluarga budak perempuan. Lama juga dia menderita sebab itu. Macam-macam dukun, bomoh dah keluarga si budak ini jumpa. Semua tak menjadi.

Akhirnya budak perempuan ini berjumpa seorang ustaz. Diajar dan disuruh amalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran seperti Fatihah, Tiga Qul, Kursi dan doa-doa yang lainnya. Alhamdulillah selepas sebulan lebih dia sihat dan terlepas dari buatan orang tu.

——————————————-

Itulah dia Sihir ini memang wujud dari zaman Nabi Sulaiman lagi. Sihir ini jadinya adalah berpunca dari Syaitan. Dan ubat yang paling mujarabnya adalah Al-Quran itu sendiri. Untuk mengelak dari terkena sihir ini, kita hendaklah selalu membaca ayat-ayat Al-Quran, membaca doa sebelum melakukan sesuatu. Contohnya ketika hendak makan, selepas makan, masuk tandas, keluar tandas, pakai baju dan sebagainya. Dan yang paling penting solat 5 waktu tuh jangan lengah2 apantah lagi tinggalkan.

——————————————-

Anda Mungkin Meminati:

5 thoughts on “Menolak Sihir”

  1. salam..
    best topik ni..bakal isteri wann pon kene jugak.sejak 8 tahun yg lalu.ade lelaki ni minat kt bakal isteri wann.org tu buat sampai bakal wife wann ni hilang daya nafsu..hilangkan minat nk belajar..macam2..hurmm..

  2. ina pon tgk gak rancgn tu.. husben siap kuatkan lagi tv tu supaya bini dia yg tgh mood swing tu reda sikit.. dia perli ina sbb smlm ina bengang kt ofis nk blk awal 5.30 nk chow dhhh.. no say to boss.. keje byk.. sakit pala ngn keje n attitude kawan2 lps tgn n taichi sane sini.. bile la nk berubah ntah, asik2 ina n partner je kene.. lps dgr ceramah tu dok diam dan terfikir lebih baik buat je keje siap x siap lain kire.. yg penting kite belajar.. alhamdullillah arini keje2 tu dh beransur..

  3. doanya bacalah salamun ‘ala sulaiman fil ngalamin..nak pakai baju, nak angkat baju kat jemuran baca ayat ni…..selain dr 3 qul tu sebelum melangkah meninggalkan rumah bacalah ayat kursi..insya allah kita akan dilidungi, lagi satu ayat bismillah hillazi la yadhzurru mangasmihi shaiun fil ardhi, wala fissamai..wahuawassamingul ngalim( rujuk balik semula dalam bhasa arab) ..baca pada waktu pagi allah akan lindung sampai ke petang,baca selepas asar allah akan lindung sehingga ke subuh esoknya…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *