Online Shopping
August 15, 2009Akhirnya : Ustaz Akhil Hayy & Waheeda
August 17, 2009Membeli: Kerja SuriRumah
Pagi hari aku pergi lagi ke Pasar. walaupun malam tadi dah pergi ke pasar malam. saja beli barang yang belum beli atau dah nak habis. Pergi pasar malam, tujuannya satu je, nak cari buah durian. Tapi jam 9 mlm baru pergi, berduyung2 orang. Tak larat nak meredah lautan orang hingga ke gerai buah dihujung jalan tuh, terpaksalah beli yang mana ada di depan mata aje. Barang-barang yang aku beli di pasar malam tadi ialah
- Buah rambutan merah & kuning, 2 kg RM4
- Buah mata kucing, 1kg RM 4
- Ikan, udang dan sotong, RM 10
- Kepak & hati ayam, RM 3
Hah itu aja yang aku beli (rasa macam berat dan banyak tapi ni je) hehe. Sedih jugak sebab tak dapat durian.:( Kepak dan hati ayam tuh, tak boleh makan pun. Ada ke patut diorang nie jual benda yang dah tak elok, busuk. Kalau di makan jugak sah2 berulak-alik ke toilet. Macam aku makan hati. Orang lain dah syok tidur, aku aje 4 5 kali ke toilet. Padan muka aku!.
Dekat pasar pagi ni pulak, lagi banyak benda yang aku beli. Maklum ajelah dah bawa troli. semua benda boleh sumbat kat dalam tuh. Siap aunti cina tuh tegur, “manyak senang ada ini troli, apa barang boleh beli..” hehe aku pun membalas, “itulah auti, senang nak angkut, tak payah susah2 angkut banyak barang guna tangan”. hehe konon ramah tamah lah ni.
Barang-barang aku beli kat pasar ni pulak;
- Ayam seekor, RM 12.80 (diskaun RM 0.30 sebab tak ada duit kecil)
- Petai 4 ikat, RM 3 (tak pernah miss beli kalau ada)
- Sayur kangkung, sawi, lada cili api, serai & tomota, RM 6.40
- Nasi lemak 2, ayam masak merah seketul, kerang dan telur mata kerbau, mee goreng, RM 8.20
- Nescafe ais dan nescafe o ais, RM 2.80
- Ikan bilis, susu 2 tin, rempah kurma dan rempah kari ikan, bawang besar, RM 12
- Kueh teow dan mee mentah, dan cendawan, RM 3.50
- Paper Metro dan The Star, RM 3
Itu ajalah yang aku beli. Nak beli gula dah habis licin. Tak ada stok. Dasyat betl krisis nih. Itu pasal aku beli susu. Agak kelam kabut aku membeli sebab orang dah ramai membeli, makan dan minum kat situ. Dan ada pula acara keagamaan yang diorang nak buat. Khemah2 dah dipasang, patung2 seakan kuda dah dipacak, bunga api besar pun dah di pacak (apa namanya, aku tak tahu). hehe
Tengahari
Oleh kerana dah lama mengidam nak makan satay, dari dalam pantang lagi. So, Papa belikan Satay Kajang Hj Samuri buat makan tengahari. Ingatkan tak adalah satay hari ini sebab Papa ada Borak Bola dengan kengkawan dia. Papa kata alang-alang borak sampai tengahari dan dekat Melawati so Papa belikan satay dekat sana. 20 batang satay ayam dan 10 batang satay lembu. Semuanya 30 batang dan 2 packet nasi impit.
p/s: Thanks Papa 🙂