Abang Ash 2 Tahun Setengah
September 29, 2009Arisha 4 Bulan
October 2, 2009Memang Berbaloi!!
Hari ini aku nak cerita pasal kelab2 yang aku sertai. Bukannya kelab disko, kelab dangdut ka apa ka.. tapi kelab a.k.a club yang aku rasa berfaedah. Sebab utama kenapa aku join kelab2 macam ni sebab aku guna barang diorang, dan aku nak tahu info2 berkaitannya.
So, kelab2 yang aku join ni kekadang rajinlah hantar info2 yang berguna especially mengenai penjagaan anak2 ni. Bermula dari ash kecik. Guna susu dari MeadJohnson. So, aku join meadjohnson club. Diorang kasi ‘hadiah perkenalan” seperti di bawah.
FM : 2 sudah hilang, Ash buat main
Lepas tuh, aku tukar susu Ash kepada Dumex, DUGRO. Tak ada dah benda free or info mengenai meadjohnson lagi sampai dekat rumah aku (pasal aku tak aktif: nak aktif kena hanto bukti belian).
Bila Ash join Dumex, baby Arisha lahir. Baru2 ni je, dalam seminggu aku kasi Arisha minum Dumex, Dulac. Nampak macam serasi. Dia sekarang dah 4 bulan, tak cukup minum susu badan aku aje, jadi kerana kesiankan dia.. aku ikutlah kata2 orang tua aku belikan susu or something else buat makanan tambahan. Walaupun begitu, aku still teruskan penyusuan badan kepada Arisha. Ada faedah2 lebih tuh. Kalau ikutkan diorang suruh kasi Nestum. Nasib baik juga tak ada stok (masa tu dekat Chini 03, tak de choice sangat). Jadi aku kasi susu sahaja. Memanglah bagi diorang , tak ada apa2 nya kasi baby makan nestum seawal2nya.
“Ada sepupu kamu (nama dirahsiakan) kasi anak dia makan Nestum masa dalam pantang.. tak ada pe2 masalah pun.” kata diorang. hmm memang lah tak ada pe2 berlaku sekarang. Manalah kita tahu, bila diorang dah besar, macam2 penyakit (perut) yang anak2 kita hadapi… hanya disebabkan dari awal2 lagi kita dah bagi organ2 perut diorang bekerja keras padahal organ2 itu belum ready!! macam doktor pula, tapi tak pe.. asalkan apa yang aku lakukan ini adalah yang terbaik buat anak2ku. Mencegah lebih baik dari merawat…
Apabila dua2x dah minum Dumex, jadi aku pun nak join kelab DUMEX. Baru2 lagi ni. Dua minggu lepas kot, dan 2 hari lepas diorang kasi surat perkenalan.. “welcome pack”. Apa benda tuh?? ini dia..
tahu tak apa benda ni??
hmm kalau nak tahu.. tengok gambar ni pulak….
towel.. smart..
Mula2 itu ingat bantal, bila tarik kain dalam sebab nak basuh.. tup2 towel. anyway thanks mamil mama gold club!! Bukan itu saja, yang penting diorang kasi magazine diorang. Ada info2 yang berguna. At least leh tambah pengetahuan.. 🙂