Maxis Prepaid For Postpaid

Orang nak pakai line telephone, dia pun nak pakai. Tapi apapun tak tahu..

“Lebih menguntungkan, tak rugi apa2 kalau akak tukar ke line. Biasa akak guna 30 rgt sebulan kan?? Ini pun sama, kami maxis bagi akak percuma 20 sebulan.. 30 rgt je akak bayar. Save kan? Akak boleh telephone, sms tanpa risau kredit nak habis”.

Itulah kata2 yang Asid pernah dengar di telinga sebulan yang lalu. Memang manis. Entah kenape termakan pujukan si minah tuh. uis uis..

Dulu masa guna prepaid..

Tiap kali tarikh dah expired, mesti cakap dekat Papa,”Pa, jangan lupa topup kan 30 rgt tau. Tak boleh nak sms dah ni”. Biasalah masa ni kalau sms hanya 1 sen kepada maxis to maxis. Active10.

Nak cakap lama dengan Papa, mesti sms “Pa, telephone jap”.

Dulu handphone Papa yang biling tu kena bar, mesti pa cakap..” ma, pinjam telephone boleh? Nanti pa bayar bil, Pa kasi lah balik”. Dengan selamba kasi. Yelah bukannya guna sangat hanset pun.

Kekadang boring juga duduk office tuh, buat2 miskol dekat phone sendiri.. bukan apa saja nak dengar caller ringtone sendiri. Lagu Datuk Siti..Pastikan. Syok jugak.

Bila ada free lain pulak, login ke yahoomessenger on mobile. Dapat ler ngitai siapa kengkawan yang online. 🙂

Selalu juga download wallpaper dan ringtone yang hotlink hantar melalui sms tuh.

Sekarang bila dah postpaid..

Sesiapa yang call mesti dah boring, tak ada dah caller ringtone. Setiap bulan renew, duit kredit kena tolak. Tambahan lagi baru beli lagu lagi satu. 3 rgt melayang. Perhh lagu tak keluar jugak.

Ada pulak maxis bagi sms, free wallpaper. Try punya try… tak dapat jugak tengok wallpaper tu. Nak kata kena congfigure gprs, dah banyak kali buat nya. Macam orang bodoh je, kejap accept, kejap save, save, save, offkan hanset then onn kan balik. geram betul.

Nak login ke yahoomessenger onn mobile pun dah tak boleh.

Bila dah pakai line ni nak gunalah e-biling. Ni pun satu hal… dah tekan submit request password login ke website maxis….dah dapat dah by sms. Try pun try login.. tak boleh jugak. Yang heran dah ada access ke music unlimited, kena juga buat request login yang baru. Kenape tak je guna satu Id untuk semua site maxis? tak faham betul.

Sekarang banyak telephone dari sms. Kalau telephone caj 15 sen seminit, sms pulak 15 sen satu sms. Mana lebih untung? mestilah calling kan.

________________________________________

untung pun tak untung sangat lah. Semua kelebihan dan servis masa prepaid dah hilang. Sms 1 sen tak ada, GPRS dah tak leh pakai.., caller ringtone pun dah hilang.. lenyap begitu saja. Call customer servis pulak, tergagap2 dia jawab. Itulah inilah suruh buat. Semua dah buat.. tak jadi pun. Kalau masa nak register dulu, bukan main baik.. nak buatkan itu nak buat inilah… bila dah dapat.. hmm inilah jadinya.

HABIS MADU SEPAH DIBUANG… 🙁

MENYESAL PULAK TUKAR POSTPAID NIE.. TUNGGU ARR NANTI TUKAR KE PREPAID BALIK!!!!!!!!!!!

2 thoughts on “Maxis Prepaid For Postpaid”

  1. wat eva pun kan.. rasenye pakai celcom lbh jimat. ima pakai both celcom n maxis, n the diff..OMG..siyes jauh beza.. pakai celcom, one flat rate, call mane pun, prepaid lambat habes.. lagi2 kol celcom-celcom.. lambat habis cdt.. kalo mxis.. laju cam air je habes kedit.. tp, mxis ttp diutamakan.. sbb mostly fwens kat utp ni pakai mxs.. tho ade campus zone, cam hampeh..xleh gune..asik tukar2 kod..pahtu x bgtau lak tu.. then, tgh2 ari salu je ade msg dr hotlink,pomot tu, ini.. nyampah.. kadang2 tgh2 class, lpe nk silence, msg msuk.. ingt msg penting ke hape.. skali spamm… waaaarrgghh!!! giler tensiii.. ksimpulan.. ADA X, ADA SEGALANYA… wakaka.. saje je.. =)

  2. nasib baik tak terperdaya ngn stuf maxis kt giant 13 aritu.. dh hampir dah tp ina tye blk advantage and disadvantage n camne nk convert balik g prepaid.. kene g PJ to convert back.. n 2nd opi husben kate xyh so xbuat la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *