Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul adalah untuk mengingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan mengajak umat islam di negara ini mengenang serta menghayati sumbangan Baginda dalam semua aspek kehidupan.Rasulullah tiada bersama umatnya hari ini, namun setiap patah perkataan baik berbentuk nasihat,suruhan atau diterjemahkan menerusi perbuatan, kekal subur hingga hari ni.Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat kebangsaan 1426 Hijrah/2005 Masihi yang disambut hari nie,umat islam diajak mengimbau kembali perjuangan Rasulullah membina tamadun Islam yang sangat dikagumi.

Sesungguhnya,Rasulullah menjadi model terbai kepada generasi hari ni yang ingin mencapai kejayan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.Hal ini kerana Baginda sentiasa memikirkan hanya yang terbaik untuk umatnya.

Oleh itu,sewajarnya kita sebagai umatnya mencontohi sifat serta peribadi Rasulullah bagi memastikan kajayaan yang dicapai bukan saja untuk diri,malah masyarakat keseluruhannya.

Allah berfirman bermaksud: �De-mi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).� (Surah al-Ahzab, ayat 21).

Diriwayatkan dalam hadis Rasulullah yang bermaksud: �Barang siapa yang membesarkan hari kelahiranku, nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barang siapa membelanjakan satu dirham untuk maulidku, maka seolah-olah dia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.

Malah, diriwayatkan juga Imam al-Syafie berkata: �Barang siapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat kebajikan lain, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh dan dia akan berada dalam syurga yang penuh dengan nikmat.�

:)acidcun 4ever

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *