Mana “RELEVAN”nya kita sebagai Manusia Yang Berakal fikiran???

Terusik hati saya apabila menonton rancangan pembahagian derma “BersamaMu” yang dianjurkan di TV3 semalam.Rancangan yang mencetus rasa terkilan yang teramat sangat dalam hati saya. Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran… renungkanlah .. manakah relevan nya kita??

Rancangan BersamaMU TV3 diadakan adalah untuk memgumpul derma bagi membantu serta menolong rakyat dan insan2 di negara kita yang amat dan teramat memerlukannya. Derma ataupun sumbangan ini membawa maksud satu sedekah selagi ia bertujuan merapatkan dirinya dengan Allah dan mencari keredaan-Nya. Begitu banyak pahala yang dikurniakan-Nya kerana sifat kemanusiaan yang kita lakukan dengan hanya menderma RM2,RM5 atau RM10 melalui SMS.

Namun yang demikian, apakah yang kita dapat kalau kita sms kepada rancangan2 lain seperti Akademik Fantasia?? Mencari cinta?? Muzik2? apakah yang kita perolehi??? hanya sekadar menghabiskan duit entah untuk apa?? kenapakah tidak salurkan duit ini ke jalan yang lebih diredhai dan berkat seperti menderma??? mana kah letaknya akal fikiran kita?? mana??

Dan sungguh sedih saya mengenangkan apabila mendergar kutipan “BersamaMU” hanya R700,000 sahaja.Satu juta pun tak sampai??? yang amat memilukan lagi jika dibandingkan dengan jumlah kutipan AF sebanyak 15Juta. Mana relevan-nya akal manusia ini??? Tidakkah terdetik perasaan kita ketika melihat sekeluarga yang hidup melarat.. hanya mampu kais pagi makan pagi kais petang makan petang… tu yang masih dapat makan makan pagi dan petang.. Bagaimana dengan insan2 yang tidak makan sehari kadang2 lebih dua hari???? Mencari siput babi sebagai hidangan?? Di manakah relevan kita insan yang berpendidikan dan moden ini?? mana??

Renungkanlah wahai kawan2 semua.Keseronokkan di dunia hanyalah sementara… Di Sana jua kekal abadi… Fikirkanlah apa yang hendak kita bekalkan ketika di Sana nanti……

3 thoughts on “Mana “RELEVAN”nya kita sebagai Manusia Yang Berakal fikiran???”

  1. aku setuju sangat ngan yana nie… aku tak tahulah kemana sebenarnya diaorang nak bawa masyarakat kita… derma2 jugak, kasihan2 jugak tapi, bab nak menyesatkan orang lebih2 nampaknya…. banyak sangat yang dah merosakkan akhlak anak2 muda sekarang nie…

  2. aku kadang-kadang terasa macam tV3 , terlalu mengganggu kehidupan peribadi peserta rancangan bersamamu. Bayangkan perkahwinan ditangguhkan gara-gara cadangan hos supaya bekerja untuk membantu keluarga. Bukan tanggungjawab budak perempuan itu untuk tanggung keluarga. dah tu bawa lagi orang tu pergi klinik perancang keluarga , tunjuk di tv hai malunya. bawalah jumpa pakar motivasi islam. apalah….tak kena langsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *