Transit tahun 2023…Seksyen 18 Shah Alam
July 26, 2023Hantar Mokmek Pergi Umrah
November 7, 2023Lama sudah tak update blog Asida.net ni… haha sebabnya dia yang terpaling busy, terpaling penat hari-hari.. haha!
Hmm hari ini hari sabtu, hari tak berkerja kitaorang (laki-bini), anak-anak pula di asrama.. baru aje hantar minggu lepas, jadinya tak adalah nak pergi melawa. Lagipula minggu depan.. kena ambil diorg balik.. 4hari cuti. Cuti Deepavali. Sukalaaatiew!
So, tengahari ni kami pergi Masalam. Hajat nak membeli baju untuk pakai nanti pergi rombongan ke Kedah (masjid Maddad). Amboi sakan ko, menyoping hampir RM200. En laki kata, tak apalah sekali sekala..bukan selalu. Dah beli baju pun mahal, jadinya nanti jalan-jalan cuci mata ajelah ke Kedah. Hang jangan nak menyoping pula naaa..!
Selepas beli baju dan beg di Giordano tu, kami makan (lunch) di tingkat bawah Masalam. Kalau tak silap nama restoran, Pak Long Kopitiam.
Rasanya kali ke2 makan disini, kali pertama tak ingat order apa.. hehe. So, hari ini kami berdua order ABC Cendol, Strawberry ice blended dan makan ini; Total berdua RM55.
En Laki suka sangat kuah kari dan ayam paprik dia tu. Sedap bak hang katanya!
Asid pula makan daging blackpepper. marvelous!! sangat sedap. Lain kali boleh datang makan lagi, tapi tak boleh selalu. Harga boleh tahan, sesuai lah dengan menu hang makan ni!.. hihi
Set ayam paprik.