Mak Busu & Opah Datang

Beberapa hari lepas, cuti sekolah Mak Busu dan Opah datang. Saja jalan-jalan dan sambil-sambil diorang nak membeli belah hehe. Pada mulanya hajat di hati hendak ke KLCC, pergi Aquaria.. tapi kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Malam itu, Opah sakit perut, berulang-alik ke toilet sepanjang malam. Hmm yang sedihnya Mak Busu sebab sudah lama nak pergi Aquaria tuh. hehe Tak apalah, next time datang insyaAllah kita redah KLCC!!.

Apapun sempatlah hari Ahad tuh pergi MYDIN Subang Jaya. Jalan-jalan kat sana sebab nak cari barang sekolah Mak Busu, nak cari baju ko-ko dia . Oklah kat sini buku2, pen dan macam2 lagi murah. Sebagai contah 3 buku nota kulit keras yang panjang tuh RM 11 untuk 3 buku. Mama kata beli kat sana (CHINI O3), RM8 satu buku. Maklumlah nak beli2 barang tuh kena keluar ke Pekan. Mende nak cepat, terpaksalah beli yang mana ada. Sebab itulah beli borong dekat MYDIN ni. hehe Tapi nak beli banyak2 sangat pun tak boleh sebab Mama dan Mak Busu balik Chini naik bas.. huhu BAS SUNY dua tingkat tuh.

Malam Selesa, hantar Mama dan Mak Busu ke rumah Kak Ja di Klang. Lepak sanalah pula kata Mama nak balik Chini hari Rabu, pagi. Apapun sebab jugalah belikan kek harijadi Ashraf in advance.. Kek Secret Resipi. 🙂 itu pun sebab Opah yang suruh sambut awal. Ada ker nak sambut2 huhu. Takpelah makan jelah ek. Lenkali datang kami belanja yang best2 lak. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *