Majlis Tahlil & Birthday

Hari ini tidak ke mana-mana, just ke rumah Wan Wan Ashraf dan petangnya ke rumah Moyang Ash di AU5 Wangsa Melawati.

Nenek buat kenduri tahlil untuk arwah Atok, Mak Itam dan Datok. Majlis diadakan selepas solat Isyak. Jemput orang-orang surau, saudara mara terdekat dan juga jiran-jiran.

Lewat malam nya pulak, setelah selesai majlis tahlil, adalah sikit majlis celebrate birthday Ahli2 capricon termasuklah Papa. Tak adalah sambut bebetul sangat cukuplah sekadar meniup kek ramai-ramai. Sedap chesse cake tuh.

Happy Birthday to Papa!!!! (4 Januari 2009). Nampaknya tahun ini adalah tahun last umur Papa 20-an. hehe Next year dan seterusnya menjadi 30-an. Uban di kepala pun dah bertambah. huhu Macam tak percaya je. Itulah dia, cepat benar masa berlalu.

pening dh papa - Fotopages.com
Masa memang pantas berlalu, pejam celik pejam celik Asid pun dah 2 3 bulan duduk rumah. Jaga dan temankan Ash. Kekadang boring jugak, rutin kembali macam mula-mula kahwin dulu. Makan, tido, makan tido. Cuma kekadang diselitkan dengan masa bermain dengan Ash. Kesian juga kalau tengok dia main sorang2. InsyaAllah after this, ada adik Ash yang temankan Ash main pulak. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *