Darah Nifas Kehijauan Tanda Jangkitan
August 25, 2007Shopping
August 26, 2007Majlis Pertunangan Kak Lina
Hari ini pergi rumah nenek dekat AU5. Ada majlis pertunangan kakak sepupu Papa. Pergi lebih kurang pukul 10 pagi selepas mandikan dan suapkan sarapan baby Ash. Pergi pun tak buat apa2 sangat sebab kebanyakan kerja semua dah dibereskan oleh kolongan ibu2. Asid datang just duduk2 dan jaga baby Ash je.
Baby Ash pulak tak berapa sihat. Demam. Kesian baby ASh, malam tadi badan dia panas sangat. Kejap2 terjaga. Mama lapkan tuala basah atas kepala Baby Ash. Pukul 5 pagi Baby Ash bangun lagi. Papa suruh suapkan ubat demam dar Doktor K hari tu. Legalah sikit kot, sebab dia boleh main sorang2 lagi pagi tu. Apa ntah yang dia merepek tu. Macam2 benda disebutnya. Mama pulak buat tak tahu je, try tidur. Macam biasalah kalau dengar suara orang, Mama memang susah nak lelapkan mata. huhu
Majlis pertunangan ni antara Kak Lina dan pasangannya Iman. Tarikh sebenar berkahwin belum ditetapkan, ikut rancangan tahun depan. Kalau Asid sesuai kalau buat pada 8/8/08. hehe oklah walaupun tarikh tu hari Jumaat. Tapi Jumaat kan lagi berkat. Angkat nikah malam, then majlis esok hari sabtu. Memang sesuai. hehe. Tadi barang hantaran 7 dibalas 9. Warna pink dari pihak lelaki then warna gold dari pihak perempuan. Cantik2 barang hantaran gubahan Kak Lina ni.
Makanan untuk tetamu pun sedap. tak payah susah2 sendiri masak, just order catering. Tapi tulah kena sediakan duit je. Kan bandar sekarang, sume catering. kat kampung je kalau majlis kecik2 cam gini, masak sendiri secara gotong-royong saudara mara. Macam family Asid lah.
Citer pasal family Asid, ada juga yang bertunang hari ni. Sepupu Asid. Sorry tak sempat balik. Maklumlah kat sini pun ada majlis juga. Balik kenduri kahwin jelah nanti. hehe Apapun selamat bertunang lah di ucapkan kepada kedua2 pasangan. Semoga kekal ke jinjang pelamin. 🙂