Majlis Perkahwinan Ahli SFC

Hari ini tak ke mana-mana cuma keluar ke Majlis Kahwin Otai ahli SFC.com.Majlis diadakan pun bukan jauh sangat. Sekangkang kera je tadi Mawar Apartment. Mana tidaknya dibuat di Pusat Komuniti Sentul Perdana. Kalau nak jalan kaki pun boleh. Apa yang bolehnya? Ada ke patut orang DBKL ni tak bukak pintu gate belakang tuh. Kalau tidak boleh je kami jalan kaki. Ini siap patah balik ke kereta, naik kereta pusing Melur Apartment then masuk Dewan tersebut. Aiseh.. satu kerja jawabnya.

Dah parking kereta, then masuk dewan. Majlis serba serbi hijau. Macthing dengan color Pink. Memang style sekarang. Biru dan merah, Hijau dan Pink, dan macam-macam lagi arr. Janji cantik kan.

Bila dah masuk, nak ambil makanan. Tak sangka pulak jumpa budak Avon yang Asid kenal. Rupanya di saudara sebelah pengantin perempuan. Kita pulak kawan pengantin lelaki. hehe Kecik je KL ini kan.

Ramai juga lah yang datang. Tap, Potti,Anaks and wife,Fever, Misai, Farid kamil (klon jelah kan),Ct-Kelly and husband, dan ramai lagi lah. Yang disebut adalah yang mana Asid kenal orang dan namanya, yang lain ingat muka je.

Selepat majlis ini, hajat nak keluar ke The Mall beli barang rumah sikit, disebabkan balik dari majlis tuh pun dah jam 3 petang. Jam 4 petang pulak hendak tengok citer Sundal Bolong. Tak jadi lah keluar. Esok sajalah jawabnya. Memang cerita inilah menjadi sebab utama Asid melanggan Channel Syawal 188 Astro ini. Baru hari ini berkesempatan menengoknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *