Liyana Jasmay Bertunang
Mar 2012 29

Liyana Jasmay Bertunang0

Posted In Movie/Sinetron/Cerita

Salam, sekarang orang duk citer pasal scha yahaya dengan awal.. tapi kisah Liyana ini juga yang menjadi perhatian aku.

Kekadang seronok dengar artis yang tidak terlalu kecoh menceritakan hal terlalu peribadi ini bertalu-talu. Sekali dengar seronok, kalau beribu kali.. rasa macam dah basi. huhu sorry to say

Berbalik kisah pertunangan ini, asid copy paste ajelah ye..

Majlis Pertunangan pelakon dan penyanyi , Liyana Jasmay (LJ), 24,dengan jejaka pilihannya , Fathuddin Mazlan telah berlangsung kira-kira pukul 9.00malam tadi. Tarikh 28 Mac 2012 menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran LJ yang ke 24 tahun.

Majlis pertunangan Liyana Jasmay dan Fathuddin telah diadakan di kediaman keluarga Liyana Kemensah Height.

Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.

Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.

Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.

Liyana Jasmay mengenakan sepasang persalinan berwarna putih gading pada majlis pertunangannya itu. Pakaian bertunangannya itu dianggarkan berharga RM10,000, direka oleh Rizman Ruzaini dan ia berkonsep gaun Puteri Diraja Inggeris menggunakan fabrik ‘Valentino Lace’.

Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Scha, Awal, Farish Aziz dan Tam.

Pelakon Liyana Jasmay membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari tahun depan selepas menamatkan kursus jangka pendeknya di New York, Amerika Syarikat (AS).Gambar dari Gua.com.my

 

Anda Mungkin Meminati:


Leave a Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.