Jom Simpan Emas AsidRichGold
January 26, 2017CAJ RAWATAN GIGI KLINIK KERAJAAN NAIK MENDADAK MULAI 1 FEB 2017
February 2, 2017Klinik Pergigian Seksyen 19 Shah Alam

(OKTOBER 2019) sekarang, rawatan untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sebelah pagi sahaja, Isnin hingga Jumaat. Manakala sebelah petang untuk temujanji sahaja ye
Alhamdulillah, pertama kali pergi ke klinik gigi di Seksyen 19, Shah Alam ni. Biasa pergi Swasta dan dulu pergi Klinik Gigi dalam UiTM, lepas itu pindah KL kerja klinik gigi swasta.. then sekarang menetap di Shah Alam. Jadi pergilah yang berdekatan dan yang lebih murah (tgk ekonomi sdr lah guana hehe)
Sebenarnya dah lama sangat tidak check gigi. Karang gigi konpem banyak giler. Huhu. Ini pergi pun sebab gigi berlubang. Takut ia merosakkan bahagian dalam lebih teruk, jadi nak pergi tampal. Ada masa sikit, jadi kita pergi hari ini.
Datang jam 8:30pg. ambil nombor. Kemudian dalam 10 minit, ambil bacaan tekanan darah. 151/100, memang darah tinggi betul ni. Nurse tanya ada rasa penat ke? tak apa nanti doktor check tekanan darah lagi di dalam. Eden jawab, maybe sebab takut kot. haha
Dekat kul 9 pg or awal dari itu, masuk dalam bilik rawatan no 6. Ramai orang tapi cepat juga nombor di panggil sebabnya bilik rawatan banyak, dan kalau ada tampalan, hanya 1 tampalan 1 hari. Jadi eden ada 4 lubang. Jadi 4 hari kena kesini. InsyaAllah orang tak kerja ni boleh lah datang bila2 iye dok? tengok aje jadual di atas 🙂
Tadi nak cuci gigi, tapi sayang alat rosak kata doktor, jadi nanti call dulu sebelum datang…. tanya alat cuci dah okay ke belum. 🙂 Esok nak datang lagi, bawak budak dua orang tu check gigi.
So kesimpulannya, okay sangat klinik gigi ni.. cepat dan rasa selesa atas layanan nurse dan doktor.. walaupun nama eden salah di sebut, dipanggil berulang-kali, nasib baik eden ke depan juga. hehe. Doktor dan Nurse ni kita bagi 5 STAR.. Excellent job. Tentang harga pula, no wonder ramai orang kan.. murah aje.
RM1 pendaftaran
RM2 tampalan
^_^