Kesilapan Asuhan Yang Lazim

Best juga baca artikel ini. Buat penambahan ilmu pengetahuan. Tiada salahnya untuk perkembangan dan kemajuan anak-anak kita juga… hehe

Sebagai contoh, kanak-kanak 4 tahun sekarang dapat mengendalikan pemain DVD atau menggunakan telephone untuk menangkap gambar dengan mudah. Walaupun, ibu bapa berbangga dengan pencapaian demikian, mereka seperti tidak risau tentang perkembangan asas kemahiran sosial mereka.

1. Meninggalkan segalanya kepada pembantu rumah

Ibu bapa yang berjaya tidak semestinya membesarkan anak yang berjaya. Ini kerana tanggungjawab mereka terhadap kerja menghadkan masa mereka bersama anak-anak. Ibu bapa ini meninggalkan anak mereka dibawah jagaan pembantu rumah sepenuhnya, menyebabkan si kecil ini kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa.
-Luangkan masa lebih banyak bersama anak anda dan biar mereka tahu bahawa mereka masih mempunyai hubungan yang kukuh dengan anda.

Nasib baik tak ada Maid.

2. Tidak membenarkan mereka membantu

Anak anda tidak terlalu muda untuk kerja yang mudah.Anda juga tidak boleh sentiasa melakukan segalanya untuk mereka. Sesetengah ibu bapa terlalu bertolah ansur sehingga anak mereka berani mengarah mereka.Membenarkan anak melakukan kerja rumah boleh membantu mereka berkembang. Melipat selimut, mengemas katil dan membenarkan mereka menyediakan meja makan bukan sahaja meningkatkan kemahiran motor mereka malah memberikan mereka rasa tanggungjawab yang menggalakkan perkembangan sosial mereka.

Adalah juga aku suruh Ash angkat baju kotor letak dalam mesin basuh. Nak minum, ambil cawan dan botol susu dia dulu. hehe

3. Hanya memuji ‘A’

Memuji anak sememangnya membuat mereka gembira. Tetapi mereka hanya memuji apabila mereka cemerlang dalam peperiksaan? Adakah mereka dipuji apabila berlakon dalam drama sekolah? atau menyanyi semasa Hari Guru? Ketahuilah bahawa bakat anak anda dan galakkan mereka walaupun anda berpendapat mereka patut melakukan benda lain. Cuba faham dan lihat dari sudut mereka. Ingat bahawa anda tidak selalunya betul. Mungkin itu yang mereka lakukan sepanjang hidup mereka, jadi iktiraf dan hargailah kemampuan mereka.

Lepas ini kena kerap puji Ash dan Adik

4. Beritahu diri mereka bahawa “mereka hanya kanak-kanak”

Anda melihat anak anda meludah pada hamster kawannya. Anda hanya ketawa dan membiarkannya. Anda rasa anda tidak perlu memarahinya kerana dia masih kanak-kanak. Apabila ibu bapa tidak membetulkan keadaan itu, atau lebih teruk lagi, menjadi teladan yang buruk kepada anak mereka, anak-anak akan menyangka adalah patut mereka berkelakuan tidak senonoh. Ini sering mengakibatkan tingkah laku anti-sosial yang dipraktikkan sepanjang hidup mereka. Kanak-kanak perlu mempelajari tingkah laku sosialĀ  yang betul. Jika anda tidak bermula dari sekarang, bila lagi?

Now..
5. Membiarkan mereka belajar dari televisyen

Sesetengah ibu bapa berpendapat bahawa dengan meletakkan anak mereka di depan kaca TV dapat memperkayakan tatabahasa mereka dan menjadikan mereka lebih bijak. Ibu bapa tidak sedar bahawa sebenarnya interaksi sangat penting. Kanak-kanak mungkin memahami perkataan yang mereka dengar dari TV, tetapi tidak tahu cara menggunakan perkataan tersebut sehingga mereka betul-betul mempraktikkannya. Lain kali apabila anda membenarkan anak anda menonton tv, tontonlah sambil berbincang dengan mereka. Bincangkan topik yang menarik minat mereka supaya mereka dapat mengembangkan kemahiran pertuturan dan berbahasa serta berfikir dengan kreatif.

hmm…
6. Menggugut dan berbohong

Berapa kerapkah anda menggunakan frasa seperti “Masuk ke dalam, jika tidak hantu akan mengejarmu” atau “jangan nakal dan ibu akan membawa kamu ke pusat membeli belah”. Ramai ibu bapa sangka bahawa ugutan, ancaman dan pembohongan dapat memastikan anak mematuhi dan menghormati mereka. Apa yang tidak mereka fikirkan imej, pemikiran negatif dan harapan palsu yang mereka semaikan dalam diri anak mereka.

Kalau berjanji..kena tunaikan tau..

Kanak-kanak adalah rentan, mereka mudah kecewa dan keliru. Ancaman dan pembohongan hanya akan menggangu perkembangan sosial mereka.

Pakar Psikologi Klinikal Dr Teoh Hsien-Jin (Positive Parenting)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *