Kenapa Menyusu Susu Ibu?

Al-Quran menekankan pentingnya susu ibu sepertimana Allah telah berfirman, bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusu anaknya dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Apabila kedua-duanya ingin memberhentikan (sebelum cukup tempoh dua tahun) dengan kerelaan kedua-duanya dan melalui perbincangan, maka tidak ada dosa bagi keduanya” (Al-Baqarah,233)

 Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya;

“Lindungilah anak-anakmu daripada susu wanita penzina dan wanita yang gila, kerana air susu mereka mengandungi penyakit”.

 

Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semulajadi dan psikologi untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan-kelebihan terbaru yang ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi. ·

  • Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi :

Susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protin yang tinggi. Susu ibu bagi bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan.

  • Susu ibu berubah berdasarkan cuaca :

Dalam cuaca panas, susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk, ia mengandungi lebih banyak lemak.

  • Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kepada jenis pemakanan ibu :

Ini memberi peluang kepada bayi untuk mencuba pelbagai jenis rasa di sepanjang tempoh penyusuannya.

Petikan dari http://www.susuanibu-pk.gov.my/

Susu ibu imunisasi pertama bayi

Kuala Lumpur: Golongan ibu disaran menyusukan bayi mereka dalam tempoh i jam pertama selepas kelahiran kerana ia mampu mengurangkan risiko yang boleh mengancam nyawa bayi berkenaan.

Timbalan Pengarah Bahasa Klinikal (Ikhtisas) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Jamiyah Hassan berkata menerusi kajian peringkat antarabangsa yang dijalankan, seramai satu juta bayi mampu diselamatkan setiap kali seorang ibu menyusui bayinya dalam tempoh satu jam pertama kelahiran.

Katanya, penyusuan dalam tempoh i jam kelahiran itu mampu menjadi benteng penghalang bayi daripada pelbagai jangkitan atau alahan.

” Kandungan kolostrum yang ada dalam susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan bayi. Ia bertindak sebagai imunisasi pertama bayi.” katanya selepas perasmian majlis sambutan dan forum Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di PPUM, disini semalam.

Beliau berkata, golongan ibu juga mendapat manfaat melalui amalan itu iaitu ia menpercepatkan penurunan berat badan selain menghalang ibu mengalami pendarahan. Katanya lagi, ibu digalakkan menyusukan bagi dengan susu badan sahaja sejak lahir sehingga bayi berusia enam bulan dan meneruskannya sehingga anak mencapai usia dua tahun.

Petikan dari Harian Metro Khamis, 2 Ogos 2007

2 thoughts on “Kenapa Menyusu Susu Ibu?”

  1. Ha ah. Maybe hal ni perlu dibincangkan dengan mendalamnya juga. Kerana pemakanan semasa menyusukan ibu penting. Salah satunya pemakanan yang baik dan sihat secara tidak langsungnya akan membekalkan susu yang lebih padat khasiatnya kepada baby. Pemakanan yang berkhasiat ni bukan hanya untuk si anak malah untuk kesihatan tubuh badan si ibu.

    Namun begitu, tidak ramai yang mahu menitik beratkan susuan kerana mungkin factor masa: si ibu yang berkerja, penat dan leceh menyusukan anak. Susu formula lebih banyak diberikan kepada baby, kerana ada yang berpendapat susu formula ini sama khasiatnya dengan susu ibu.. betul ke?

    Bagi Acid. Acid masih menyusukan Baby Ash ketika hendak tidur atau ketika dia terjaga dari tidur. Faktor berkerja menyebabkan susuan ibu terpaksa diganti dengan susu formula. Oleh sebab itu, lama kelamaan susu badan akan beransur menjadi kurang. Semakin kering…. hmm

    Namun Acid berharap dapat menyusukan Ash sehingga dia berumur 2 years old. InsyaAllah.

  2. salam…saya sangat setuju dengan artikle susu ibu, saya harap hal ini dapat diperbincangkan lagi kerana ramai yang tahu tentang pemakanan semasa mengandung tetapi jarang dibincangkan pemakanan semasa menyusu…wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *