Kek Bakit? Kek Batik? Kek Bukit?

Mana-manalah. Suka hati koranglah hendak panggil ini kek apa ke benda namanya. Hehe janji disini aku hendak cerita yang aku sebenarnya suka sangat makan kek ini start masa study dekat UiTM Jengka dulu.  Selepas kena penangan kek masakan si Izan. First time aku rasa kek yang dia buat, aku sudah jatuh cinta. hehe dekat kek dialah.. takkan dekat dia kot. Nanti orang kata aku ‘homo’ lah pula.

Disebabkan itu juga, aku belajar buat kek ini dengan dia. Siap bawa Sifu Izan ke rumah aku di Jengka, 8. Takkan hendak masak dekat Kolej pula, leceh kena minta permission dari diorang. 🙂

Anyway kerana kerajinan aku yang sedikit dan adalah bahan-bahannya sikit, aku buatlah kek ini mengikut ajaran sifu aku. Bahan-bahannya seperti diatas. Kuantiti yang di ajarnya.. ikut sesuka hati. Itulah yang tak boleh tahan itu. Ada pula sesuka hati. wei Izan.. ko ajar ajaran sesat dekat aku ye? anyway thanks juga kepada ko sebab pandai jugalah aku buat kek ini. aku jerk perasan sedap.

So, cara-caranya ialah…

Cake3Masukkan menjerin/mentega/butter kedalam periuk. Cairkan. Masukkan serbuk coklat, ketulan coklat (cadberi lagi sodap). Kacau sehingga cair. Masukkan susu cair, milo dan kacau sehingga kesemuanya sebati atau hancur.

Cake2Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk yang berisi biskut marie original itu. Ratakan agar ke semua biskut diselaputi adunan tadi.

Cake

Kemudian lenyek2 aduan ke dalam berkas.

dan akhirnya simpan di dalam peti ais sehingga beku dan sejuk.

Cake4tetiba pula ada label Checzy Chickaroni.. hehe bekasnya aje. Isinya lain..


4 thoughts on “Kek Bakit? Kek Batik? Kek Bukit?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *