Keistimewaan Bulan Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Rejab ialah bulan Allah, Syaaban bulanku, dan Ramadhan bulan umatku”

 

Rejab ialah bulan Allah

Allah Taala memuliakan Rasul-Nya Muhammad s.a.w dengan cara di is’rakan (dijalankan diwaktu malam) dari baitullahilharam (Mekah) ke Baitul Maqdis (Palestin) di mi’rajkan (dinaikkan) ke langit hingga ke Sidratul Muntaha lantas difardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam sebagai menjadi salah satu rukun Islam yang ke 5.

Syaaban bulanku

Allah Taala telah menerima permohonan Rasul-Nya supata dipalingkan semula kiblat sembahyang daripada menghadap Masjid Al-Aqsa (Palestin) ke Masjid Al-Haram (Mekah) setelah 17 bulan lamanya menghadap ke sana (Palestin).

Ramadhan bulan umatku

Allah Taala telah mengurniakan 5 Perkara keistimewaan bulan Ramadhan kepada umat Rasulullah iaitu:

  • Bulan yang diturunkan Al- Quran

  • Bulan yang diwajibkan berpuasa

  • Bulan yang terdapat kemenangan peperangan Badar

  • Bulan kemenangan pembukaan kota Mekah oleh pemerintahan Islam

  • Bulan yang paling istimewa berlaku di dalamnya Lailatul Qadar

*************************************************

Orang2 Islam adalah diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan, sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Maka sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa dibulan itu.”

Rasulullah s.a.w bersabda mengikut riwayat Bukhari dan Muslim dari abu Hurairah maksudnya:

“Sesiapa yang bangun berjaga malam di bulan Ramadhan kerana benar2 beriman kepada Allah dan mengharapkan pahala disisi Allah, maka diampunkan baginya perkara yang telah berlalu daripada dosanya”

Rasullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:

“kalaulah manusia tahu yang ada dibulan ramadhan berbagai jenis kebajikan nescaya bercita2 umatku agar bulan ramadhan penuh setahun.”

 

*************************************************

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *