Karnival Karangkraf @ Shah Alam

Assalamualaikum,

Hari ini jadual Asid so padat. Dari pagi…pergi belajar memotong dan menjahit jubah di Masjid Seksyen 18 (dekat sangat ngan rumah). Belajar basic jerk seperti mengambil ukuran badan: dada, pinggang, bahu, punggung, labuh baju, lebar baju, panjang lenggan dsbg. Lepas itu, draw atas kertas minyak then gunting. Tadi tak sempat nak buat ukuran kain (jika untuk baju kurung). Yang bestnya yuran belajar murah tersangatlah murah iaitu RM5. Insya-Allah, akan ada sambungan kelas itu lagi.

Lepas itu, pergi ke Karnival Karangkraf yang berlangsung sehingga hari esok! Banyak juga lah tangkapan Asid disini. Seperti yang diwar2kan last week, Asid nak cari majalah PaMa untuk lengkapkan koleksi (4 buku). Tapi so sad, stok ada dari bulan 6, 2010 ke atas jerk. Pastu ada promotion kalu beli 3 buku edisi baru. Aiseh Asid dah beli dah terbitan tahun ni, so melepas cabutan bertuah ini.. hehe kalau cabut pun, boleh bertuah ker? hehe Lagipun beli 4 buku terbitan lama tu Asid dapat bedak G&G dan Barut Bayi Damia .

Kemudian, pergi jejalan lagi walaupun sorang2 still okay husband dan anak2 duduk tunggu dalam kereta. Cari novel Dunia untuk KakJa tak jumpa tapi sempatlah rembat beberapa buah buku dan majalah lagi. hehe Oleh kerana semangat belajar menjahit pagi tadi, Asid beli buku Sulaman Manik. ceh berangan nak menjahit manik dan labuci pulak.. :). Total tangkapan dekat sini RM66.90. Dapat free : Bedak, barut bayi, 2cd (The Best Of BILLIE HOLIDAY dan FIMIE DON : bintang2 untuk Mama&Papa), sticker, kupon Omega Capsule dan dll. 🙂

Mamat : Ish diorang ni beli novel macam beli buku sekolah. Berbakul2.

Minah: Dah diorang suka membaca. Ko pulak tak suka membaca…

Sempat juga telinga ini mencuri perbualan mereka. To me? no komen.  Dah hobi diorang.. nak buat macam mana? kekadang pikir, hobi membaca ini boleh buat diorang lepak kat rumah.. daripada hobi diorang melepak2, menonton wayang dan membuat wayang tu!

Petangnya, lepak dekat rumah sementara menunggu orang datang ambil something. Pastu tinggal bertiga sebab Papa pergi tengok Bola Selangor Vs Kelantan dengan memakai jersy baru. hehe 🙂


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *