:( Jumpa Doktor

Hari ini ada appointment dengan Dr. Adilah,macam biasalah rawatan bulanan. Bulan ni dah masuk 6 bulan Asid pregnant. So, next month kena ‘melenggang perut’. Rawatan susulan hari ini macam selalu, check air kencing still negative semua, tekanan darah macam dah naik sikit bawah 70, cuma timbang berat badan naik mendadak. 61.7Kg sungguh mendadak naik, sepatutnya 2 kilo je naik ni dah hampir 4 kilo. Takut pulak ada darah tinggi dan kencing manis doktor kata.

Kencing manis tu rasanya tak ada kot, kalau darah tinggi maybe. Sebab hampir 99% perempuan dalam family Asid ini ada darah tinggi. Cuma harap tekanan darah Asid ni jangan lah tinggi sangat time pregnant ini, boleh membahaya kan nyawa. Aiseh.

Maybe dua tiga nie Asid ada stress, sedih. Itulah pasal jadi macam ini. Lepas ini Asid kena jaga makan, minum, perasaan dan rehat yang secukupnya. Kalau tidak kesian dekat Baby.  Baby pulak tadi scan berat dah bertambah dah 800gram something. Pembesaran still lagi normal, warna uri masih okay, air ketuban sudah bertambah. Yang penting peredaran darah dari tali pusat ke Baby adalah dalam keadaan yang baik. Yang penting bagi Mama, Baby sihat seadanya. hehehe 🙂

Lagi 4 weeks, jumpa Doktor lagi. Kali ini kena amik suntikan ‘Kancing Gigi’ (betul ke ejanya). Yang inilah berat sikit nak buat ni. Bab-bab jarum ni memang takut benar mendengarnya. Macam amik darah beberapa bulan yang lepas. Aiseh… Harap-harap tak adalah sakit sangat ek. Lepas suntikan ini, kandungan dah 7 bulan. Lepas tuh kena tiap-tiap minggu datang. Abang pulak tak boleh lah hantar. Kalau sebulan sekali lambat masuk office macam ni tak apa lagi, kalau tiap-tiap minggu.. masalah pulak nanti apa kata bos dia kan.

Anda Mungkin Meminati:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *