Jerebu Semakin Mengganas

Keadaan jerebu di negara kita semakin tebal.Bermula dari case kebakaran di cyberjaya, kemudian kebakaran sederek kedai di Senawang, dan kini keadaan amat di bimbangi ekoran kebakaran di Sumatera Indonesia. Pada pagi tadi, laporan menunjukkan jerebu di Kuala Lumpur sudah mencecah indeks tidak sihat. Kalau keadaan seperti ini berlarutan, akan kemungkinan darurat di isytiharkan..hehe tak pergi kelaslah kita.Bukan setakat kelas, keluar ke kedai bawah pun tak leh.Dalam erti kata yang lain..tak boleh keluar rumah langsung..

Masa nie lah, teringat kat kampung.Nyaman dan damai..tak memedihkan mata ( iklan syampu) langsung.tiga hari kat kampung hari tuh, syok gileer.Asyik tengok tv 24 jam.wlaupun sibuk menjaga anak saudara n sepupu, sempat jugak aku tengok Sume channel tv hehe. Yang menyampahnya.. asyik2 AF..AF..AF. (berebut ngan bebudak nih,nak tengok Mawi…erm.

Kelas ari nie pagi tadi pun rasa macam kelas pukul 730 malam.Ataupun waktu pagi buta je.Jalan raya dan pandangan semua dikaburi kabus atau asap tebal.Erm.. Masa nielah kita semua kena minum air mask banyak2.Mata pun kena jaga.Belilah eye mo… jagalah mata…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *