Jenayah Cyber ~ bagaimana anda sebagai pengguna??

Assalam,

Masa kini, jualan secara dalam talian banyak diwar-warkan. Ramai peniaga menjual barang secara online dan menyebabkan ramai pembeli online.

Ramai peniaga jujur, ramai juga penipunya. Pokok pangkalnya kita kena selalu berhati-hati.

Saya seorang peniaga online, juga pembeli online. Pernah juga tertipu kerana terlalu ghairah mendapatkan produk pilihan hati, pada harga murah. Pikir sekali memang tak logik. Dari harga beriban2, dia (penjual online) kasi beratus2 aje. 2hari barang tak pos2 barang lagi. Normal juga bagi saya, sy pos barang pun ada jarak 3hari dari hari pos sebelumnya.

Bila call, dia kata ada offer lagi, kalau beli 2.. lagi murah. katanya kalu bankin sekarang, dia pos sekali lah dua2 hari tu juga. nasib baik kata, tak apalah saya cuba 1 dulu. kalau okay. Saya order lagi.

Itulah kali pertama saya ditipu gara2 mahu beli iPhone. Perkara ini memberi kesedaran pada saya.

Itu kisah penjual penipu, pembeli penipu pun ada. Kalau dah bankin duit, reference pun dia kasi. Pos barangnya, alih2 cek balik duit tak masuk. Ada juga, sudah dapat barang kata barang tak dapat lagi. Kita ada tracking borang tp status penghantaran pejabat pos tak sediakan details. Claim dengan pejabar pos 10% dari harga barang pun tak sampai.

Macam2 dugaan.

Saya rugi beratus2 aje setakat ini, ada teman seperjuangan.. kerugian berpuluh2 ribu. Sabar ajelah.

Disini nak share, jika anda menjadi mangsa penipuan ini, boleh contact  Tribunal Penguna.

jenayah cyber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *