
Bayaran Akhir Dewan Makan Asrama
January 22, 2025
Family Day Waris 2025
February 6, 2025Hari Khamis, kami pergi jalan-jalan ke Melaka dengan geng Muslimat Masjid Nahdah. Banyak juga tempat pi.
Saja, nak healing2 di waktu cuti sekolah. Tempat pertama pergi Galeri Madu Lebah di Ayer Keroh.





























Dah puash tengok lebah buat madu, makan madu, beli madu.. kami pergi berkelah dalam Taman Seribu Bunga. Banyak pokok2 Bunga yang cantik sebab terjaga kan. Dalam tu ada kolam mandi untuk budak2. Open.. Sabtu Ahad depa kata, sesak. ^_^. Masuk berbayar aje tapi murah2 lah kan.


















Lepas makan-makan, pergi lawatan Perigi Hang Tuah pula. Sini banyak produk2 mengkuang dijual. Memang lah mokcik2 ni. hehe masuk FREE aje





















Kemudian, melawat Rumah Warisan Melaka.. bergambar ajelah yang boleh. Masuk berbayar ye tapi murah aje















Kemudian, pergi cari makan tengahari di Pantai Siring. Mestilah makan asam pedas kalau ke Melaka kan.. hehe













Lepas tu, ke destinasi seterusnya untuk menunai kewajiban sebagai orang mukmim. Solat di Masjid Cina @ Masjid Selat Melaka. Masjid yang dibina untuk orang datang melancong agaknya. Masih baru, banyak kemudahan belum siap. hmm toilet pun jauh dan tiada mesra warga emas. Seni bina dan rekabentuk cantik.








Destinasi seterus sebelum balik, kami singgah Pantai Klebang. Alhamdulillah selepas hujan tak jadi turun A Famosa.. sampai Klebang..cuaca mendung aje..tak ada hujan. Syukur. Lepas tepi pantai begini memang best.. air kencang.

















dan.. marilah pulang. Singgah Simpang 4.. beli ole2 untuk orang di rumah.





