Lunch @ Pak Long Kopitiam Plaza Masalam
November 11, 2023Jalan-Jalan ke PD
November 27, 2023Alhamdulillah syukur kerana berkesempatan Asid join Jaulah ke Kedah anjuran Muslimat Masjid Nahdah Al-Islam seksyen 18, Shah Alam ini. Kami pergi bertolak kira-kira jam 10.45 malam dari parkir masjid, menaiki bus Shah Trans, JPA 6972. Dengan cuaca bagus, perjalanan kami smooth, singgah RNR Tapah aje sekali. Kami sampai di Madad pada jam 4.12 pagi, iaitu bas pertama sampai dari 31 bas berdaftar. Boleh bayang tu berapa ramai manusia nanti. 🙂
Sampai disana kami disambut oleh staff sana. Bawa masuk terus ke MADAD dan boleh cuci diri dan rehat-rehatkan diri sehingga azan subuh nanti. Bilik mandi selesa pun ada.
Ruang solat yang moden dan cantik. Muat ramai orang. Ada 3 tingkat semuanya. Selepas solat subuh berjemaah, kami diberi sarapan percuma oleh MADAD. Sambil-sambil tu kami makan bekal masing2 lah. Alhamdulillah macam-macam menu sahabat2 masak. Ada ketupat rendang, nasi impit, sambal2, serunding.. buah rambutan pasu pun ada. 🙂 seronok makan ramai2 di tingkat 1 MADAD.
Selepas sarapan kami hadiran kelas tajwid dan kuliah Dhuha. Ramai masa ni sebab ramai dah sampai. Bukan tingkat 2 aje penuh, semua ketiga2 tingkat dah penuh.
Selepas melawat MADAD, kami bergerak ke Masjid Al-Busyura selepas zohor. Sebelum itu, kami singgah Tanjung Dawai untuk shopping ole2.