Jangkitan Cacing Pada Kanak-Kanak

Semenjak ada baby gurl, banyak pulak Asid dengar pasal Ubat Cacing. Ada juga mereka berkata, kanak-kanak kena ambil ubat cacing sebulan sekali. Contohnya, anak mak cik husband Asid. Pelik juga masa dia cakap pasal cacing ni. Tambahan, ubat cacing ni perlu untuk baby gurl. Lebih penting kot. Masa ash dulu tak pernah pula ambil ubat2 ni. Sakit perut je, bagi ubat (air garam) or vitagen (penghadam yang baik). Kalau ada kudis2 dekat celah buntut, sapu dengan krim. Apapun Asid cuba mencari info tentang benda ini. Menambahkan pengetahuan. Jom kita kongsi info nih;

Apa itu cacing jarum atau cacing benang
Cacing jarum atau cacing benang ialah sejenis cacing yang sangat halus berukuran lebih kurang setengah inci panjang dan tinggal didalam usus. Cacing jarum betina keluar dari dubur pada waktu malam dan bertelur berhampiran dengan kulit dubur.

Apakah ‘enterobiasis’ ?

Jangkitan cacing yang disebabkan oleh cacing jarum dikenali sebagai ‘enterobiasis’. Suatu penyakit yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak.
Bagaimanakah ia berjangkit ?
Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak menelan telur cacing jarum. Seorang kanak-kanak mendapat telor cacing jarum melalui pakaian tidor, cadar atau persekitaran kediaman kanak-kanak lain yang telah dijangkiti. Apabila telah di jangkiti kanak-kanak akan menggaru dikawasan dubur kerana gatal. Telor-telor cacing jarum akan melekat dicelah-celah kuku. Apabila kanak-kanak makan tanpa mencuci tangan dengan sempurna, telur-telur tersebut akan masuk melalui mulut dan menjadi cacing dewasa dan tinggal didalam usus.

Bagaimanakah ianya terjadi ?
* Kebanyakkan kanak-kanak tidak mendapat apa-apa tanda dan gejala.
* Namun ada juga kanak-kanak yang mengalami kegatalan disekeliling dubur dan vagina.

Komplikasi
Tempat-tempat yang digaru tersebut terdedah kepada jangkitan bakteria sekunder disebabkan oleh terdedah akibat kesan garukkan.

Bagaimanakah anda tahu anak anda dijangkiti cacing jarum ?

* Terdapat cacing didalam najis anak.
* Telur-telur cacing jarum akan dapat dilihat melalui pemeriksaan dibawah mikroskop dengan cara melekatkan tape cellophane pada kawasan dubur anak dan menanggalkannya semula. Telur-telur cacing jarum akan melekat pada tape tersebut.

Bagaimanakah ia di rawat ?
* 1 dos ubat Albendazole atau Mebendazole diberikan dan di ulang selepas 2 minggu.
* Rawatan ini perlu diberikan untuk semua ahli keluarga.
* Sapukan jelly petroleum di kawasan yang gatal untuk menghilangkan kegatalan. (sekeliling kawasan dubur atau vagina )
* Cadar dan pakaian yang digunakan perlu direbus dan dibasuh dengan bahan pencuci untuk menghapuskan telur-telur cacing jarum.

Pencegahan
* Mandi dengan kerap
* Gunakan cadar, pakaian dalam, pakaian tidur yang bersih.
* Basuh tangan dengan sempurna selepas ke tandas dan sebelum menyediakan makanan.

JANGKITAN CACING GELANG

Apa itu Cacing Gelang ?
Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides) adalah punca utama jangkitan cacing dikalangan manusia. Jangkitan ini dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa pula boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa pendek sedikit dari cacing gelang betina. Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telur-telur cacing dikeluarkan bersama dengan najis. Telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun.

Bagaimanakah ia berjangkit ?
Kanak-kanak suka bermain ditempat lembab dan kotor. Telur-telur cacing gelang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih dan di masukkan ke dalam mulut. Selain dari itu makan makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.

Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?
* Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala.
* Kadang-kadang kanak-kanak mengadu sakit perut .
* Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah-muntah.
* Adakalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.

Bagaimanakah untuk mengenalpasti anak anda dijangkiti cacing ?
Jika anak anda membuang air besar mengandungi cacing gelang atau telur cacing.

Bagaimanakah untuk merawat kanak-kanak yang dijangkiti cacing ?
Ia boleh dirawat dengan memberikan ubat Albendazole 1 biji sehari atau Mebendazole untuk 3 hari.

Bolehkah jangkitan cacing gelang di cegah ?
Pencegahan boleh dicapai jika anda :
1. Cuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan.
2. Elakkan dari menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia.
3. Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.
4. Elakkan dari makan makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna.

CACING RAMBU ATAU CACING CAMBUK

Apa itu cacing rambu atau cacing cambuk?
Nama cacing rambu atau cacing cambuk boleh dikenali berdasarkan kepada cirri-ciri bentuk cacing dewasa. Cacing dewasa berkuran diantara 3-5 cm panjang dan boleh hidup didalam diantara 1-3 tahun. Ia membenamkan hujung badannya pada dinding usus besar manusia. Cacing rambu atau cacing cambuk betina boleh menghasilkan lebih dari 10,000 telor dalam masa sehari dan dikeluarkan dalam najis manusia.

Apakah ‘trichuriasis’?
‘Trichurisasis’ ialah jangkitan yang disebabkan oleh cacing rambu atau cacing cambuk. Ia sering berlaku dikalangan kanak-kanak.

Bagaimanakah ia berjangkit ?
Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minum air yang tercemar dengan telor cacing. Juga boleh berlaku apabila kanak-kanak memasukkan jari tangan kedalam mulut selepas bermain dengan tanah yang tercemar. Telur-telur cacing tersebut akan menetas serentak didalam usus besar kanak-kanak.

Apakah tanda-tanda dan gejala ?
Jangkitan ringan ( cacing kurang dari 100 )
1. Kemungkinan tiada sebarang tanda dan gejala.
2. Kadang-kadang kanak-kanak mengalami kembong perut, cirit birit, sembelit atau perut rasa tidak selesa (sebu).

Jangkitan teruk ( cacing melebihi 100 -1000 ) kemungkinan di ikuti dengan tanda-tanda dan gejala berikut :-

1. Sakit perut
2. Muntah
3. Cirit birit kemungkinan mengandungi darah
4. Pucat
5. Hilang selera makan
6. Susut berat badan
7. Bahagian akhir usus besar terkeluar ( Rectal Prolapsed)
8. Pembesaran terencat

Apakah bahaya jangkitan cacing rambu atau cacing cambuk ?
Bagi kes yang teruk , pucat dan kekeringan berlaku kesan dari cirit birit yang mengandungi darah. Namun jarang berlaku ??? rectal prolapsed ??? (Bahagian akhir usus besar terkeluar)

Bagaimanakah anda tahu anak anda di jangkiti cacing rambu atau cacing cambuk ?
Apabila anak anda buang air besar dan najisnya mengandungi telur cacing rambu atau cacing cambuk. Ianya boleh dipastikan melalui pemeriksaan mikroskopik keatas najis anak anda.

Apakah rawatannya ?
Pengambilan ubatan secara oral adalah lebih berkesan. (Albendazole untuk satu hari sementara Mebendazole untuk 3 hari). Rawatan ini perlu diulangi mengikut keperluan (jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas 2 minggu rawatan diberi ).

Pencegahan
1. Basuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan.
2. Pastikan anak anda memakai kasut atau alas kaki ketika bermain di tanah atau dipadang permainan.
3. Pastikan kuku tangan anak anda sentiasa pendek.
4. Cuci makanan yang telah dicemari tanah dengan sempurna

Petikan dari http://www.infosihat.gov.my

14 thoughts on “Jangkitan Cacing Pada Kanak-Kanak”

  1. ada ke jangkitan cacing yg berlaku pada org dewasa ye??kawan saya cerita yang dia buang air besar lepas tu dia nmpk ada cacing pada bahan buangannye tu,, and agak besar juga dia cakap…mudarat ke tak ye??saya rasa geli pulak bila dia cerita pada saya sampai saya yang xlalu nak makan,,huhu

    1. Hai Laila. Asid tak sure lah tentang adakah manusia dewasa mengalami. Selalunya jangkitan ini menyerang kanak-kanak kerana sistem imun mereka lemah, dan mereka lebih terdedah kepada kawasan kotor. Bagaimanapun, kalau kita selalu menitikberatkan kebersihan.. jangkitan cacing ini tidak mungkin berlaku.
      Jika berlaku juga, iaitu kepada kanak-kanak.. dia perlu diberi ubat cacing dan begitu juga seisi keluarga. 🙂

  2. Salam… baby girl saya belum sampai setahun lg…. baru 11 bulan… tp saya suspek dia ada jangkitan cacing coz 2-3 hari ni nmpak dia mcm tk selesa.. mcm sakit… pastu muntah2 je… cirit tu xde la… tido t’tonggeng gk…
    boleh ke baby yg kurang dari setahun makan ubat cacing…

    1. Hai eina. Asid pun ada baby. Rasanya xde ubat cacing untuk baby.. kanak2 adalah. Dulu baby asid pun ada gatal2 kat dubur, sapu ubat krim dari klinik. Doktor kata jangkitan kulat, alhamdulillah pergi klinik cepat sebelum merebak lebih teruk, tup2 kena cacing kan susah.
      Apapun harap eina bawa baby eina ke klinik. Cuba tanya doktor… mana tahu ada pulak ubatnya. Nanti eina bgtahu pekembangannya ek.. asid pun nak tahu,… thanks.

  3. good info.. thanks for sharing mrs.asida. bila dah baca artikel ni rasa risau la..anak i pun tidur tertonggeng sejak 3-4 malam ni. pastu berak cair. rasa nak bawa jumpa paed la..

    1. Eloklah Eyta buat pemeriksaan.. at least anak Eyta mendapat rawatan yang sewajarnya. Kesian juga budak2 kalau sakit2 ni kan.. 🙂

      btw.. Asid kekadang kasi anak asid minum Vitagen.. bakteria yang baik akan menghalau bakteria yang jahat.. elok untuk penghadaman.. (mcm iklan lak).. dadih pun sesuai 🙂

    1. Hai Naznah. Maybelah kot cacing. So, kena jaga kebersihan selalu lah ek. Asid pun tak tahu sangat. Nak kasi injection pun just follow schedule injection dia ajelah. 🙂
      Kalau selalu sakit perut tuh (cirit), yang terlampau boleh membahayakan nyawa. Jaga2 okay. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *