Jalan Mudah Ke Syurga

Tajuk macam gembaq je kan? Macam aku ni ustazah ataupun pendakwah. Aku cuma menimba ilmu. Bila dikaitkan dengan ILMU, seseorang hamba itu wajib mempelajari Ilmu, Mengamalkan Ilmu tersebut dan Menyampaikan Ilmu tersebut.

Pagi tadi, alhamdulillah aku telah menghadirkan diri untuk satu majlis ilmu.  Majlis ilmu yang lebih dikenali sebagai Kuliah Dhuha di sini. :). Kalau ada yang tersilap, silalah betulkan.. Insha-Allah

5 Jalan Mudah ke Syurga

1. Banyakkan membaca Al-Quran

  • 1 huruf di beri 10 kebajikan
  • Ia memberi shafa’at (pertolongan) ketika mana kita di alam kubur, di Padang Masyar malah ketika hendak dicampakkan di dalam Neraka.
  • ” Janganlah kamu meninggalkan Al-Quran kurang dari 50 ayat sehari”.
  • “Jangan tinggalkan Al-Quran selama lebih 3 hari”. Nescaya hati kamu akan gelap dan lalai kepada Allah S.W.T

2. Banyakkan berselawat ke atas Rasullah S.A.W

  • Didoakan oleh Rasullah supaya dipermudahkan urusan di Padang Masyar, meniti titian Siratal Mustakim.
  • Dilebarkan jalan Titian Sirat sehingga 500 tahun

3. Menghadiri majlis2 ilmu

  • Dijanjikan Allah ganjaran keampunan dan kerahmatan.

4. Memohon ampun kepada Allah S.W.T

  • Banyakkan berdoa dan beristiqfar
  • Doa bahasa melayu pun boleh.
  • Doa hendak tidur, Bangun tidur, Masuk Tandas, Keluar Tandas, Makan, Sudah Makan dll.

5. Memperjuangkan Agama Allah

  • Diharamkan api2 neraka menjilat badan2 pejuang2 ke jalan Allah.
  • Haram menyambut perayaan/sambutan untuk agama lain selain Islam.
  • “Kamu dengan agama kamu, kami dengan agama kami”.
  • “Kami tidak menyembah apa yang kamu sembah”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *