Booster Vaksin AZ Shah Alam
January 12, 2022Lunch Box Big Mac Mcdonals 2022
January 24, 2022Lama betul tak keluar dengan member ni. Jadi Asid ajaklah Lily dan anaknya ifti jalan-jalan ke Aeon Bukit Raja.
Makan mee sizzling fav Asid sedap. Arisha pula suka makan steak. Lily makan Yee mee Sizling dan Ifti makan subway.
Lepas lunch, kami jalan-jalan lah cuci mata. Masuk guardian, macam biasa orang perempuan rambang tengok barang makeup. Asid pun dah lama tak shopping. Ni nak cari balik barang penjagaan kulit. Tak mahu dah beli yang jual2 online tu. Rosak muka sekarang naik jeragat. Nak buat rawatan, beribu dah habis. 🙂
Lepas shopping, singgah minum pula tempat viral fav asid. Kopi Pokok Seksyen 6, Shah Alam. Memang sedap :), kawasan lepak pun damai aje sebab dekat tanah lapang tapak orang berkebun. 🙂