
Dari Muar ke Melaka
January 11, 2025
Tamat Sesi Persekolahan 2024
January 17, 2025Yuran PIBG sekolah memang di mana-mana sekolah pun ada ramai ibubapa yang liat nak bayar. Maklumlah sebab bukan WAJIB. So, Asid harap kerajaan tetapkan KEWAJIBAN ibubapa membayar yuran ini. Nak tunggu duit dari KPM peruntukkan untuk sekolah..LAMBAT atau lebih teruk TAK DAPAT-DAPAT.
Jadi untuk menjalankan aktiviti guru-guru dan anak2 murid.. duit PIBG lah yang digunakan. Takkanlah semua nak kaut dari poket guru2.
Duit PIBG bukannya sekaligus pun WAJIB BAYAR LANGSAI. Boleh bayar sikit2 tau. Yang kurang mampu tu, atau anak yatim.. hope dikecualikan membayarnya.
Asid memandang tinggi insentif sekolah anak-anak Asid yang membuat Insentif untuk guru kelas kutip yuran PIBG begini. Bukan mudah ye untuk mengutipnya, dah macam CETI guru-guru ingatkan ibubapa. Kesian guru2.

Tempat ke3 ni, RM200. Tempat pertama, Rm400 dan kedua RM300. Tahniah cikgu!