Insan Cemerlang Umat Terbilang

Selamat Tahun baru di ucapkan kepada semua. Semoga dengan kedatangan dan perhijrahan kita ke tahun baru ini membawa lebih kebaikan dan kerahmatan daripada tahun-tahun yang lepas dengan temanya MaalHijrah kita pada tahun ini (1428 H) ialah “Insan Cemerlang Umat Terbilang”……..( tak habis2 dengan cemerlang,gemilang dan terbilang ni)… bodek … bodek… bodek… hehehe

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:    

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.   

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.   

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X   

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *