Injection

Semalam Baby Ash pulak ada appt dengan Doktor K. Alhamdulillah Baby Ash sihat. Cuma perlu diberi vitamin untuk pembesarannya. Yelah sepatutnya baby Ash kena beratnya hampir 4 Kg, tapi baru 3.2 Kg. Adalah 400g naiknya dari checkup hari itu. Dr. K beri injection Hepatitis A dekat Baby Ash, memang baby boy kesayangan Mama, dia nangis sekali je masa injection tu. Pastu senyap. Hehehe tak adalah meraung ek. Masa tunggu nak bayar rawatan baby Ash nangis, ingatkan dia sakit rupanya lapar nak menyusu.

Macam biasalah Mama bawa Baby Ash turun masuk dalam kereta dulu, menyusu baby. 🙂 Harapan Mama semoga Baby Ash cepat membesar dan sihat. Nanti boleh kita pergi jalan2 makan angin ek. InsyaAllah.

————————————————————————————–

Terima kasih kepada Kak Ja (Mak De), Duwan (Pak Tam) dan Pak Jang (Tok Jang) sekeluarga datang tengok Baby Ash hari Ahad lalu. Baby Ash macam biasalah kalau ada orang datang, dia jadi baik, senyap je walaupun diorang ni bising2, cuit pipi dia, cium pipi dia, dia tidur je tanpa ada apa2 yang berlaku. Yelah siang waktu tidurnya kan. Tapi yang peliknya lepas diorang balik, dia nangis pulak. Hmm kadang2 Mama pun pelik dengan Baby Ash ni. oooo pandai pulak berlakon tu… ish ish 🙂

3 thoughts on “Injection”

  1. Nak posting jugak ni, tgh kumpul kan pic Baby Ash ni. Papa dia kata asyik gambo dia tido je. Habis dah Baby Ash banyak tido. Malam je dia jaga dan nangis, takkan time mengantuk2 dan dia nangis lak tu nak amik gambo dia. Tak dapatlah jawabnya. hehehe 🙂

    Lama gk vv tak munul, ingatkan dah bersalin. hehehe 🙂

  2. salam…
    hehehe…ok la tu kak asid…
    kurang2 taw dia jage air muke mama dia, taw dia bg mama dia lyan tetamu habes2…
    nanges nti x besh lak…asik kene pujuk je…sian tetamu..hehehe…
    owh..lupe la ima…
    thanx eh itu ari add ima kat fs..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *