Injection lagi

Hari ini baby Ash ada appointment dengan Doktor K lagi. Seperti biasa sebulan sekali Baby Ash kena ambil injection. Untuk 3 bulan 6 hari ni Baby Ash diberi injection untuk mengelak Hepatitis A yang kedua. Seperti yang lepas juga, Baby Ash nangis kejap je pastu mintak susu. Baby Ash kenalah minum susu botol sebab ramai orang. Kalau dekat rumah bolehlah Mama kasi je susu Mama ek.

Dekat hospital tadi ramai betul orang. Maklumlah hari Jumaat, ramai orang senang ambil cuti agaknya. Ramai juga yang ada sakit mata, terpaksalah bawak baby Ash duduk jauh2 dari diorang sebab takut berjangkit. Sakit mata ni bahaya tambahan lagi baby Ash masih kecil, daya tahan badan nya bukan sekuat kita orang dewasa.

Berat badan Baby Ash bertambah 1.1  Kg so dah jadi 5.29 Kg. Berat badan baby Ash kecik lagi berbanding baby seusia dia. InsyaAllah Mama akan berusaha menambah pembesaran baby Ash. Biar jadi besar, tinggi dan sihat. Bak kata Papa, bila sekolah nanti tak kena buli di orang. hehe 🙂

Doktor K ada kasi sample bijirin dan susu lagi untuk Baby Ash. Kali ni Doktor kasi susu enfalac H+, sebab Enfalac A+ Baby Ash tak boleh minum sebab ada elergi. Habis pipi Bay Ash naik bintik2 merah. Dekat rumah tu pun Papa ada belikan Ash susu Soya Base. Doktor kata enfalac H+ ialah susu yang paling kurang elergi, tapi Baby Ash tak nak. Susu ni macam pahit sikt. Kalau start dari awal kasi susu ni, mesti Baby Ash tak ada masalah untuk meminumnya. Tapi apakan daya. Makin lama dekat rumah ni makin jadi macam farmasi. Macam2 susu dicuba. Semuanya demi Anje Mama dan Papa ni. :)  Sayang dia.

2 thoughts on “Injection lagi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *