Ikan 3 Rasa

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg isi ikan merah
  • 1/2 camca serbuk lada putih
  • 1 biji telur
  • 3 camca tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • 4 tangkai cili merah (dipotong serong)
  • 4 tangkai cili hijau (dipotong serong)
  • 2 tangkai daun selasih
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 sos cili thai
  • 1/2 cawan air

Cara memasak:

  1. Isi ikan merah diperap bersama serbuk lada putih, telur, tepung jagung, garam dan serbuk perasa.
  2. Gorengkan sehingga kekuningan. Campurkan 1/2 cawan air, sos tomato, sos cili thai, sos cili dan dibiarkan mendidih.
  3. Masukkan cili yang dipotong serong bersama daun selasih.Boleh ditambah dengan daun limau untuk menaikkan aroma masakan.

——————————————————————————

Dipetik dari Mingguan Wanita Ogos 2007.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *