Hormati Kaum Janda Dan Anak Yatim

HARGAILAH KAUM JANDA DAN ANAK YATIM

Janda dan Anak Yatim adalah sangat dimuliakan dalam Islam, Khalifah Umar rela mengangkut TEPUNG demi untuk memberi makan sang Janda, malah Saidina Ali di gelar “bapa kepada janda dan anak yatim” kerana keperihatinan beliau kepada golongan ini. Janda dan anak Yatim sangat dilindungi dalam Islam, Menghina Janda dan anak Yatim, sama saja menghina Rasulullah…….. kerana orang yang memelihara Janda dan anak Yatim, di syurga akan berdampingan dengan Rasulullah, bagaikan jari telunjuk dan jari tengah, yang tidak ada batasan.

Rasulullah adalah seorang anak yatim dan ibunda baginda seorang janda/balu. Mohon agar tidak menghina kaum janda. Menjadi seorang janda bukan berarti menderita. Menjadi seorang janda, selain kerana nasib ditinggalkan oleh sang suami yang meninggal dunia, atau juga akibat perceraian. Jadi tolong hargailah kaum janda dan anak yatim….

Sumber : http://hidayahamin.blogspot.com/

Tiada siapa pun antara kita yang mahu dan bercita-cita mahu menjadi JANDA mahupun ANAK_ANAK YATIM  ini. Ini adalah ketentuan Ilahi. Menjadi begini sudah cukup berat dugaan kepada MEREKA, mengapa perlu ditambahkan lagi dugaan kepada mereka?? Bahkan mengapa perlu memandang serong kepada mereka?? Sedangkan semua dipandang sama di mata Allah S.W.T kecuali amal ibadah kita??

Tidak dinafikan masyarakat kita sekarang sangat memandang serong kepada mereka seolah2 mereka ini membawa sejenis penyakit kudis buta/kusta yang boleh menjangkiti dan tiada ubatnya.

Kaum Keluarga asid juga ada golongan ini, kekadang ada dengar cerita kurang enak tentang mereka.. Asid cuma pekakkan telingga.. men-ia-kan tidak, menidakkan pun tidak.. hanya berserah kepada Allah S.W.T, memberikan kebaikan dan kemakmuran kepada seluruh kaum keluarga.. Insya-Allah.

Nota: Best jugak tengok cerita 3 Janda tuh, lawak2!

6 thoughts on “Hormati Kaum Janda Dan Anak Yatim”

    1. Sabar2.. eh akak ko duduk mana ek?

      ntah2 dia tak berkesempatan nak balik, dan de msalah pe2 ker kan. Mcm aku ni pun sll juga dgr kata yg aku jarang balik kmpg.. teet. Bukan tak nak balik selalu, tapi.. hanya Dia saja yang tahu.

  1. rumah mak aku ada gak anak yatim sorang,anak kakak aku huhu…bila tgk dia,rasa kesian..tp Alhamdulillah,dia mendapat kasih syg secukupnya dari mak ayah aku =D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *