Pirates of The Caribbean 2
August 15, 2006Hotlink Club Rewards
August 16, 2006“Megah Bahasa” perlu ada,jangan hina bangsa sendiri
Asid baca satu kisah ni dekat harian Metro hari ni lah. Pasal Syarifah Amani hina bangsa kita bangsa melayu lah katanya. Memang asid pun berang jugak dengan dia semalam. Berlagak semacam kerana pandai speaking. Kalu dia terror sangat pun janganlah memperlekehkan bangsa sendiri bangsa melayu nie.
Dia atau sesiapa sahaja perlu tahu, tamadun sesuatu bangsa ditunjukkan melalui kemajuan bahasa yang digunakan bangsa itu sendiri, seperti kata pepatah, “bahasa menunjukkan bangsa”
“Sebab itu, jika dilihat negara2 besar yang lain seperti Rusia, China dan Jepun, mereka lebih bangga dan tidak segan silu untuk menuturkan bahasa ibunda masing2”
“Megah Bahasa patut ada pada setiap anak melayu dan anak bangsanya sendiri kerana bahasa melambangkan martabat sesuatu bangsa”
Asid memang tak berapa suka ngan dia. Semenjak dalam citer sepet lagi, dia bukan sekadar memperlekehkan bangsa melayu tapi cara hidup dan tingkah laku budaya kita. Ada pulak pakai baju kurung terselak sampai nampak seluar dalam then happy semacam bila di peluk dek Hero dalam citer Sepet (org cina). Boleh pulak citer Sepet nie menang. Ni tahun lepas, yang tahun ni pulak citer Gubra.
Bukan salah penerbit yang buat citer pelik2 tapi entahlah.Aku pun tak paham asal citer ni boleh mengalah citer Pontianak Harum Sundal Malam 2. Aku pun tak pernah dengar pun citer Gubra nie, then tak pernah tgk pun, alih2 boleh menang. Pelik tapi benar.
Kalau citer Aflin Shauki tu aku tahulah. Macam buli balik. Aku pun tengok.Kira best lah kan that’s why dia ada memang, aku boleh terima .Tapi citer Gubra nie. Maybe ramai yang kata citer ni best. Maybe…….tapi ramai jugak yang kutuk ek. Boleh pulak si Syarifah Amani ni boleh menang pelakon pompuan terbaik mengalahkan Fasha sanda, Erra Fazira dan artis2 lain yang sememangnya best dari dia.
Pening kepala. Sabar jelah. Aku sebenarnya memang tak berapa suka dengan orang yang suka berlagak nie. Bukan apa meluat sangat. Macam ada sorang member aku nie, memang suka berlagak dari belum kawin sampailah dah jadi bini orang dan ibu orang. (asal lak aku mengarut sampai ke dia, buat rosak mood je)
Ni baru kisah hina bangsa sendiri, belum kisah Siti menguris hati Tengku Zawyah. Kononnya dia terasa hati sebab Siti sanggup jaga anak2 dia. Dia sepatutnya tak nyah terasa hati, Siti terpaksa lah cakap macam tuh sebab wartawan tanya “sanggup ke Siti terima anak2 dato K ngan bekas isteri nya”. Takkkan lah nak cakap tak sanggup terima,tak sanggup jaga.
Tapi kesian jugaklah kat Tengku, dah hilang suami takut pulak hilang anak2. Kasih suami boleh hilang tapi kasih ibu dan anak takkan “lengkang dek panas takkan lapuk di hujan”. So tak payahlah nak takut2. Lagi satu, selagi kita menjawab soklan2 wartawan nie lagi tuuuuuuuuuuuu lah kisah ni takkan habis2. Biasalah wartawan ni, bukan citer betul selalu di siarkan. Cukup pandai putar belitkan fakta. Nak isu hangatlah katakan. kalu tak mana nak lagku surat kabo nya ek. Apapun banyakkan bersabar ek kepada Tengku dan Siti. Memang dah suratan jodoh.