Hari2 Yg Aku Lalui

As usual, hari2 yang dilalui hari ini seperti semalam. Bangun pagi, sediakan breakfast untuk Abang pergi kerja, sambung tido, bangun dan mandi, lunch, kemas-kemas rumah, tengok tv sampai ke petang, mandi, masak untuk dinner, dinner dengan Abang dan sekarang tengok tv lagi.

Petang tadi, sempat Asid basuh pakaian baby. Kalau ye pun baru beli kenalah basuh before di pakai. Basuh pun dengan soflan je. Kalau dulu-dulu masa jaga adik yang masih kecik, Mama suruh basuh baju dia dengan soflan je, sebab takut kulit dia sensitive dengan sabun pencuci. Itupun baju, seluar dan lampin yang tidak berapa kotor… lain lah kalau kesan berak ke apa ke, kena lah berus ngan sabun jugak kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *