Hari Panas

Semalam jam 12 tengahari hingga 3 petang adalah waktu cuaca panas. Panas disebabkan ketiadaan elektrik. Pihak pengurusan tempat tinggal kami ini, tutup bekalan elektrik (api) atas sebab tertentu. Yang pastinya kerja-kerja TNB.

panas

Bila keadaan panas ini, anak-anak aku ini meragam tidak ingat. Terutamanya Adik. Dari elok-elok pakai baju, tinggal pampers saja. Itupun tak tidur-tidur juga. Abangnya yang tidur, itupun tak lena.

Aku pun rasa panas. Tapi tidaklah sampai pakai seluar kecil saja. wakaka. Dahaga tidak ingat punya. Nasib baik ada Sundae Coklat yang aku beli semalam. Baik makan awal-awal sebelum ianya cair. hehe

Bila elektrik sudah ada, barulah syok. Sempat jugalah aku goreng pisang ini, buat minum petang. nyum nyum… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *