Hari Ni Sakit Lagi

Pagi tadi bawak baby Ash pergi checkup dan inject seperti biasa. Lama jugalah dekat hospital tuh. Dukung dan melayan kerenah Ash, rasa penat dan lenguh sangat. Maklumlah Papa just hantar kali ni sebab takut lambat masuk kerja. Jam 12 tengahari baru balik rumah dengan Taxi. Petang tuh dah rasa sengal2 badan. Penat sangat rasanya. Bila Papa balik, Papa ajak tidur rumah Shah Alam in case ada prob nanti, at least ada orang yang boleh jaga Baby Ash.

Jam 9 malam, Baba dan Mama bawak Asid dan Ash pergi buat checkup dekat Klinik Sharani again. Oleh sebab Asid period, Dr. tak boleh buat Urien Test. Just dapat ubat air untuk kencing kotor tu je. It’s okay sebab Asid tak rasa sakit sangat. But belakang Asid ni mulai sengal2 selain dari sakit pinggang kiri ni. Sebelum tidur suruh Abang urutkan belakang, sakit sangat sebab lama dukung Baby Ash. Rasa legalah sikit. Boleh juga tidur. Tapi pagi tu pulak tetiba terjaga dan sakit sakit pinggang. Taruk minyak panas pun tak lega. Papa perasan Asid sakit then ajak pergi PPUM bahagian Trauma & Emergency.

Baby Ash pulak tinggal dengan Wan Wan dia. Nasib baik time sakit macam ni tidur dengan Shah Alam. At least ada orang tolong jagakan ASh. Sian anak Mama ni. Lepas register, buat test tekanan darah (nasib baik normal 127), then test urien. Air kencing Asid still kotor dan ada kuman. 🙁 Dapat ubat telan Panadol (sakit pinggang), Pelawas (Kencing kotor), ubat telan (Perut senak), Botol srup (mudahkan buang air besar). Then pukul 8 pagi balik rumah.

Kemudian Pukul 12 tengahari tetiba sakit sangat, rasa nak menangis dan guling. Muntah banyak kali. Perut senak sangat. Asid pergi balik ke PPUM, time macam ni jalan dah jem.  Sabar jelah. Sampai je depan pintu emergency tu amik kerusi roda sebab memang dah tak larat nak jalan. Lepas tuh buat checkup seperti pagi td. Kali ni cepat sangat process nya sebab Asid betul2 sakit. Kali ni dapat Dr perempuan. Banyak sikit procedur dan test. Oklah tu. Buat x-ray (tak nampak clear sebab usus lindung buah pinggang,then nampak macam batu dekat salur kencing) , scan (langsung tak nampak apa2 maklumlah scan dah lama-uzur), urien test (ada kuman) dan injection untuk tahan sakit. huhuhu 🙁 kali ni dah 3 kali kena injection. Ubat pulak dah bertambah colection nya. Dr kasi appointment dengan jabatan Urologi next week. Nampaknya tak leh puasalah hari tuh. huhu 🙁

7 thoughts on “Hari Ni Sakit Lagi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *