Hari Lahir ke-28

Pejam celik pejam celik.. tak sangka sekarang aku dah 28 tahun. Lagi 2 tahun masuk 30-an. Huhu rasanya macam dah tua je kan. Rasanya baru semalam aku habis sekolah menengah (perasan masih remaja!), tak sangka sekarang aku seorang ibu beranak dua!. Apapun syukur alhamdulillah aku masih ada disini.

Semoga kebahagian akan selalu muncul memamah segala kedukaan dalam hidup aku, Membuang segala keperitan dalam jiwa aku, Menanam benih-benih ketenangan dan kedamaian dalam hari-hari aku.

Semoga penambahan demi penambahan ibadah dan pahala aku,  Menjauhkan diri aku daripada dosa-dosa yang akan memakan diri aku di kemudian hari nanti,  Menjadikan diri aku sentiasa sabar dalam segala hal dan setiap masa, Menjadikan aku seorang hamba yang sentiasa bersyukur di atas segala rahmat yang aku miliki dan rasai.

Dan semoga kekosongan hidup aku ini dipenuhi dengan benda2 yang membahagiakan aku dan keluarga aku. InsyaAllah.

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Semua ini aku panjatkan doa kepada-Mu Ya Allah. Amin.

Terima kasih juga kepada kengkawan yang ucapkan dan doakan Asid. Kalau boleh doakan dan bagi hadiah sekali ek.. hehe

2 thoughts on “Hari Lahir ke-28”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *