Hari ini dalam sejarah ~

Hari ini dalam sejarah ~  blackberry z10 daku hilang di pejabat pos besar shah alam (poslaju).

Hadiah harijadi bulan 3 yang lepas, akhirnya hilang dari dakapanku. Ya Allah, sedeynya rasa.

Maka dengan itu, agak sukar nak jalankan bisnes.. kena SMS ajelah.. no whatsapp/no BBM /no FB on mobile/no Twitter/No foursquare buat sementara waktu. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, boleh belikan lagi. (^_^). InsyaAllah

Doa Ketika Dukacita atau Sedih

doa 1

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

doa 2

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *