Happy Birthday to Babang : My son

Hari ini Hari Lahir Ashraf yang ke 3 tahun. Amir Ashraf dilahirkan pada 23hb Mac 2007, hari Jumaat, jam 1615 melalui pembedahan.  Satu pengalaman manis yang tidak aku lupakan. Tak sakit langsung.. boleh tengok sendiri macam mana Doktor belah perut aku, keluarkan Abang Ash. Dia pula senyap ajer.. sehingga Doktor pakar kanak-kanak yang nangiskan. Pastu senyap balik sehingga habis mandi dan diselimutkan. Baby boy lah katakan.. kenalah kuat kan. 🙂

Pejam celik pejam celik.. sudah 3 tahun masa berlalu. Abang Ash pun sudah semakin besar. Sudah pandai bawa diri.. semenjak ada adik ini, terpaksalah Abang Ash membawa diri dan manjakan diri sendiri dan mungkin makan hati. Kata Papa, “maybe sebab tuh badan dia tak naik2. Asyik kurus jer”. Takpelah kurus asalkan dia sihat dan cergas. 🙂

Kekadang kesian pun ada. Banyak kali dia buat Adik nangis sebab dia jealous. Perlukan kemanjakan dan belaian. Aku tahu. Aku cuba menjaga dan mendidik dia dengan baik. Aku sayang dia.  Siapalah yang tidak sayangkan anak sendiri kan?

Aku tahu dia anak yang bijak. Cepat belajar dan meniru gaya. Sekali pandang dan dengar pun dia boleh ingat dan ikut selepas dua hari kemudian. Kekadang suka tengok dia belajar sendiri, baca A B C, menari, berlari untuk hiburkan hati dia dan juga adik. Aku juga terhibur dengan telatah dia. Dia cuma seorang anak kecil dan seharusnya dia dilayan sebagai anak kecil?? Ya!! tapi ada caranya.. 🙂

Mama Sayang Babang. Love You So Much Dear… 🙂

Terima kasih kepada yang wish kepada Ash.. Papa (Papa pesan peluk cium dekat Ash, papa keluar Ash masih tidur), Mak de (subuh2 dah ada mesej), auntie Izan de Cake (thanks for the wish on FB), also uncle Hidzudin (tq), Cunna (lepas balik sekolah kot wishnya..takpe lambat wish asalkan hadiahnya awal2 disediakan.. wakaka)…. ty

——————————————————————-

Tadi jam 8 malam selepas Papa balik dari kerja, Papa bawa kami sekeluarga makan-makan dekat Kenny Rogers The Mall.  Saja kata Papa nak celebrate Baby Boy. Lagipun boleh bawak dia jalan-jalan, Sabtu dan Ahad lepas tak bawak kemana-mana pun selain tengok bola. Hmm dia apa lagi suka sangatlah pasal boleh jalan. Makan pun ala kadar jer.. Aiskrim yang banyak lagi sedap pun tak nak langsung, Mama dan Papa juga yang habiskan. Adik pula.. bagi apa-apa saja sure telan. Itu pasal lah Adik semakin tembam. 🙂

Apapun Thanks Papa sebab belanja kami makan-makan. Sudah lama tak makan Kenny Rogers.. best. Hari Sabtu ini, pun ada makan-makan.. celebrate birthday dia dan ehemm dengan Family Shah Alam pula. 🙂

2 thoughts on “Happy Birthday to Babang : My son”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *