Ikan 3 Rasa
August 9, 2007Kenapa Menyusu Susu Ibu?
August 10, 2007Gatal Gusi
Hmm baru2 ni Baby Ash pergi jumpa Dr. Macam biasalah rutin bulanan dia jumpa dengan Dr K. Alhamdulillah Baby Ash sihat seperti biasa. Dr K bagi injection lagi untuk Ash. Nangis sekejap je. Baby boy lah katakan.
Berat Baby Ash dah 6.3 kg. Still jarak jauh bezanya dengan budak seumur dia. Kiranya Baby Ash ditahap sedang2 je. Tak terlalu besar ataupun terlalu kecik. Mama dan Papa harap Baby Ash tinggi dan besar (bukan gemuk), baru best main bola nanti.
Baby Ash sekarang cuba meniarap walaupun ni satu kerja yang dia x suka. Tiap kali suruh meniarap mulalah meraung sedaya upaya. Asyik nak berdiri je (lenguh juga memegangnya). 🙂 hehhe. Kekadang tu sibuk gigit jari sendiri, gatal gusi sebab nak tumbuh gigi bawah. Dah nampak putih2 gigi dekat gusi bawah dia tu. Tak lama lagi tu tumbuhlah giginya tu. Get readylah Papa and Mama kena gigit nanti ye.
Petang Ahad lepas, Cik Ieza Baby Ash bawak sekeluarga dinner dekat Muara Ikan Bakar di Tanjung Harapan, Port Klang. Sempena gaji pertama dia. Anyway terima kasih. Ini kali ke3 Mama makan dekat situ. 🙂 . hmm bila lah agaknya Mama nak dapat gaji pertama ni. InsyaAllah satu hari nanti Mama dapat kerja juga.
———————————————————————–
Congrats to Wawa and her husband dengan kelahiran anak pertama mereka pada 2 Ogos yang lepas.. Baby Azeem ( tak ingat pulak nama penuhnya). Baby Boy. 🙂 ada juga kawan untuk Baby Ash.