Fadilat Sunat Terawih- Bhg 2

Malam 16—>Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17—>Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18—>Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19—>Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20—>Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin

Malam 21—>Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur

Malam 22—>Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23—>Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24—>Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25—>Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26—>Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27—>Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28—>Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29—>Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30—>Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”

—-> Sungguh ‘lumayan’ ganjaran yang Allah Subhanahuwataaala akan kurniakan kepada kita dengan hanya bersolat terawih di bulam Ramadhan. Dengan itu, marilah kita sama2 menunaikannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *