Facial Treatment

Semalam pergi Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Pergi sini pun sebab nak pergi Serenity Spa dekat tingkat 4. Kat sini ada juga swimming pool. Kalau ada masa, tak ada wabak H1N1 dan tak ramai orang, boleh juga bawak Ash mandi manda.

Pergi Spa ni dengan my husband, buat Sinus facial. Semua orang ada Sinus kan, cuma banyak atau sikit je. Buat facial ni 45 minit je katanya, maybe sebab tak ada orang (buat musim cuti sekolah  dan orang kahwin) dapatlah diorang buat treatment untuk kami lebih kurang 1 jam 15 minit.

Lepas buat facial ni, nampaklah ada sinus sikit dekat hidung, pipi dan sedikit dekat hujung kening. Tak adalah banyak sangat sinus ni. Itu pasal diorang tak suggest Package 10 times. Harganya pula bukan seperti dalam website, kena tambah  RM 10.

Lain kali nak buat facial biasa dan full body massage. Seronok juga kalau sekali sekala manjakan diri sendiri.

4 thoughts on “Facial Treatment”

  1. tak penah buat facial or massage lagi. teringin jugak tapi takut pun ada…hihi…
    sbb ada opismate pegi buat urut2 tu silap urut kaki dia ‘sakit’ sampai lani….

    1. ooo ye ke? bahaya gak tu. So far, Asid okay je. Dulu time nak kahwin, pergi juga sini buat massage n facial. Dia urut style orang Indon-bali. Sedap je, badan pun jadi segar. 🙂
      Kena tengok juga tempat dia, kalau ada yg kata bagus.. boleh lah pergi. 🙂 Tambah2 orang yg hari2 tension. Macam Asid ni. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *